Petaling merupakan satu daerah di Negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak di Lembah Klang di antara daerah Klang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Daerah ini berkeluasan 484 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 2,298,130 orang menjadikannya sebagai daerah paling ramai penduduk di Malaysia.

Fakta Segera Negara, Negeri ...
Petaling
ڤتاليڠ
Thumb
Negara Malaysia
Negeri Selangor
PusatSubang Jaya
Bandar terbesarPetaling Jaya
Pihak berkuasa tempatanMajlis Bandaraya Petaling Jaya
(Timur)
Majlis Bandaraya Shah Alam
(Barat)
Majlis Bandaraya Subang Jaya
(Selatan)
Pentadbiran
  Orang Besar DaerahEmran Kadir
  Pegawai DaerahJusni Hashim
Keluasan
  Jumlah484.32 km2 (187.00 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
  Jumlah2,298,130
  Kepadatan4,700/km2 (12,000/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Kod kawasan03
Pendaftaran kenderaanB
Tutup

Daerah Petaling dipecahkan kepada tiga kawasan pihak berkuasa tempatan, masing-masing ialah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Subang Jaya, dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Antara petempatan yang utama dalam daerah Petaling adalah, Shah Alam (ibu negeri), Subang Jaya (ibu daerah), Puchong, Seri Kembangan, Damansara, Petaling Jaya dan Sungai Buloh.

Etimologi

Dipercayai pada masa lalu terdapat banyak pokok 'petaling' di kawasan ini. Oleh kerana banyaknya pokok petaling yang tumbuh, maka tempat ini pun dinamakan Petaling. Walau bagaimanapun, pada masa kini pokok petaling ini sudah pupus dan sukar didapati lagi.

Sejarah

Petempatan di Daerah Petaling bermula sebagai kawasan perlombongan bijih timah. Peneroka-peneroka awal mendapati kawasan ini mempunyai prospek untuk berkembang walaupun pada masa itu kawasan ini masih dipenuhi hutan belantara. Kawasan Petaling di mana aktiviti perlombongan bijih timah ini di jalankan dikenali sebagai Petaling Tin yang meliputi kawasan-kawasan seperti Sungai Way, Subang Jaya dan Puchong.

Perkembangan aktiviti perlombongan bijih timah ini telah menarik perhatian banyak pedagang yang berdagang keperluan asas kepada pelombong-pelombong bijih ini. Para pedagang pun mula membina kedai-kedai mereka di Kuala Sungai Klang dan Sungai Gombak. Perkembangan aktiviti perlombongan telah memberikan impak yang besar kepada pertumbuhan dan pembangunan Daerah Petaling.

Pada 1 Februari 1972, Kuala Lumpur yang pada mulanya merupakan ibu negeri Selangor telah dipisahkan dari Selangor dan bandar ini kemudiannya membentuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesan daripada pemisahan ini,  Petaling disusun semula merangkumi sebahagian mukim Bukit Raja (dari daerah Klang) dan mukim Damansara (dari Kuala Lumpur). Pada 1 Februari 1974, Petaling secara rasminya diisytiharkan sebagai sebuah daerah.[2]

Pentadbiran

Thumb
Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling

Daerah Petaling dibahagikan kepada empat mukim, sembilan bandar dan 23 pekan.[3]

Wakil Rakyat

Senarai wakil rakyat di dalam daerah Petaling, Selangor.

Ahli Parlimen

Ahli Dewan Negeri (ADN)

Demografi

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Petaling ialah seramai 2,298,130 orang dengan kepadatan penduduk 4,719 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Lebih separuh daripada penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 52.6 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India . Sebanyak 9.2 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[4]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 113:100. Terdapat 679,812 tempat kediaman dengan sebanyak 617,686 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih sejuta penduduk dalam kalangan umur bekerja, 665 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 71 ribu orang merupakan warga tua.

Maklumat lanjut Kewarganegaraan, Kaum ...
Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 1,096,926
Cina 762,735
India 211,756
Lain-lain 14,121
Bukan warganegara N/A 15,811
Tutup

Agama

Majoriti penduduk beragama Islam iaitu 53.4 peratus (1,227,247 orang) dari jumlah penduduk, diikuti Buddha seramai 27.2 peratus (625,077 orang), Hindu sebanyak 9.7 peratus (222,562 orang), Kristian sebanyak 7.6 peratus (175,618 orang) dan lain-lain sebanyak 1.1 peratus (26,215 orang). Sebanyak 21,411 orang (0.9 peratus) tidak beragama.[4]

Infrastruktur

Pada tahun 2020, terdapat sekitar 225 institusi pendidikan (sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan), sebuah hospital kerajaan iaitu Hospital Sungai Buloh, 49 balai polis (termasuk ibu pejabat polis) dan sembilan balai bomba.[4]

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.