From Wikipedia, the free encyclopedia
DVB-H (Penyiaran Video Digital - Mudah Alih/Digital Video Broadcastng – Handheld) ialah spesifikasi teknikal untuk membawa perkhidmatan penyiaran ke penerima mudah alih. DVB-H secara rasminya diamalkan sebagai piawaian EN 302 304 ETSI pada November 2004. Spesifikasi DVB-H (EN 302 304) boleh dimuat turun dari laman web DVB-H rasmi[1]. DVB-H secara rasminya didukung Kesatuan Eropah.[2]Pesaing utama teknologi ini ialah Penyiaran Multimedia Digital (Digital Multimedia Broadcasting, DMB).
Senarai piawaian penyiaran televisyen digital |
DVB (Eropah) |
DVB-S (satelit) |
DVB-T (terestrial)
|
DVB-C (kabel)
|
DVB-H (mudah alih)
|
ATSC (Amerika Utara) |
ATSC (terestrial/kabel) |
ATSC-M/H (mudah alih) |
ISDB (Jepun/Brazil) |
ISDB-S (satelit) |
ISDB-T (terestrial)
|
ISDB-C (kabel) |
SBTVD/ISDB-Tb (Brazil) |
Piawaian penyiaran video digital China |
DMB-T/H (terestrial/handheld) |
ADTB-T (terestrial) |
CMMB (mudah alih) |
DMB-T (terestrial) |
DMB (Korea, mudah alih) |
T-DMB (terestrial) |
S-DMB (satelit) |
MediaFLO |
Kodek |
Video |
Audio |
Jalur frekuensi |
VHF |
UHF |
SHF |
DVB-H ialah perkembangan terkini dalam lingkungan piawaian pemancaran DVB. Teknologi DVB-H ialah superset kepada sistem DVB-T (Penyiaran Video Digital – Terestrial/Digital Video Broadcasting - Terrestrial) yang dijayakan untuk televisyen terestrial digital, serta ciri-ciri tambahan untuk mencapai keperluan tertentu penerima mudah alih yang dikuasakan bateri.
DVB-H mampu menyalurkan sesebuah saluran pada kadar data tinggi yang boleh digunakan secara tunggal atau sebagai peningkatan pada rangkaian telekomunikasi mobil yang boleh dicapai mana-mana terminal mudah alih biasa.
Teknologi penghirisan masa diambil untuk mengurangkan penggunaan kuasa bagi terminal mudah alih yang kecil. Datagram IP dipancarkan sebagai pecahan-pecahan data dalam slot masa yang kecil. Setiap pecahan boleh mengandungi sehingga dua megabit data (termasuk bit-bit pariti). Terdapat 64 bit pariti untuk setiap 191 bit data yang dilindungi kod-kod Reed-Solomon. Bahagian hadapan penerima hanya dipasang untuk sela masa apabila sesuatu pecahan data perkhidmatan terpilih sedang di udara. Dalam jangka masa singkat ini, kadar data tinggi dicapai dan boleh disimpan dalam penampan ('buffer). Penampan ini boleh sama ada menyimpan aplikasi yang dimuat turun atau memaninkan strim secara langsung.
Penjimatan kuasa yang dicapai bergantung kepada hubung kait masa pasang/tutup. Jika terdapat kira-kira sepuluh atau lebih perkhidmatan yang dipancarkan pada strim DVB-H, maka kadar penjimatan kuasa untuk bahagian hadapan boleh mencapai 90%. DVB-H ialah sistem teknikal yang pernah diuji secara terliti oleh Pasukan Petugas Pengesahan DVB-H sepanjang tahun 2004 (lihat Laporan Teknikal TR 102 401 ETSI).
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.