Curtiss F6C Hawk
From Wikipedia, the free encyclopedia
Curtiss F6C Hawk ialah pesawat pejuang sayap berkembar (biplane) tentera laut Amerika lewat tahun 1920-an. Ia adalah sebahagian daripada barisan panjang pesawat Curtiss Hawk yang dibina oleh Curtiss Airplane and Motor Company untuk tentera Amerika.
F6C Hawk | |
---|---|
Curtiss F6C-1 - Model 34 | |
Peranan | pesawat pejuang |
Pengeluar | Curtiss Aeroplane and Motor Company |
Diperkenalkan | 1925 |
Syarikat penerbangan utama | [Tentera Laut Amerika Syarikat]] United States Marine Corps |
Dikeluarkan | 1927 |
Jumlah dibina | 75 |
Pada asalnya ia direka untuk kegunaan darat, Model 34C hampir sama dengan P-1 Hawk dalam perkhidmatan Kor Udara Tentera Amerika Syarikat. Tentera Laut Amerika Syarikat menempah sembilan buah, tetapi bermula dengan pesawat contoh keenam, ia telah ditambah baik untuk operasi bawaan kapal induk dan dinamakan semula sebagai Model 34D . Diterbangkan dari kapal induk Langley dan Lexington dari 1927 ā 30, kebanyakan varian kemudian diserahkan kepada unit pengebom pejuang Marin, manakala beberapa buah diterbangkan untuk seketika sebagai pesawat laut pelampung berkembar .