From Wikipedia, the free encyclopedia
Chester Alan Arthur (Jawi: چيستر ايلن ارثر) ialah Presiden Amerika Syarikat ke-21, memegang jawatan dari 1881 – 1885. Sebelumnya ia adalah Wakil Presiden di bawah Presiden James Garfield. Ia diangkat menjadi presiden pada 19 September 1881, ketika James Garfield meninggal dunia hari itu, akibat ditembak. Ia adalah seorang anggota Parti Republik dan peguam
Chester Alan Arthur چيستر ايلن ارثر | |
---|---|
Presiden Amerika Syarikat Ke-21 | |
Dalam jawatan 19 September 1881 – 4 Mac 1885 | |
Naib Presiden | Tidak Ada |
Didahului oleh | James A. Garfield |
Digantikan oleh | Grover Cleveland |
Butiran peribadi | |
Lahir | 5 Oktober 1829 Fairfield, Vermont |
Meninggal dunia | 18 November 1886 New York City, New York |
Kerakyatan | Amerika |
Parti politik | Parti Republik |
Pasangan | Ellen Lewis Herndon Arthur, niece of Matthew Fontaine Maury |
Tandatangan |
Chester Arthur dilahirkan pada 5 Oktober 1829, walaupun ia menyatakan lahir pada 1830, di bandar Fairfield di Franklin County, Vermont. Sebelum ia memegang jawatan menjadi Presiden, ia pernah menjadi guru, seorang peguam yang berjaya, penegak Parti Republik di New York, pembentuk tentera rakyat di New York (pada permulaan Perang Saudara Amerika), Ketua Bahagian Perlengkapan (pengurus perlengkapan tentera untuk medan pertempuran), dan Ketua Jabatan Bea Cukai di New York (mengurus penarikan tiga-perempat dari seluruh wang cukai di New York yang diterima Pemerintah Federal) dan menjadi wakil presiden di bawah Presiden James Garfield.
Presiden Chester Arthur sangat menentang perbudakan. Pada 1853, sewaktu ia menjalankan praktek hukum di New York, ia membela seorang budak belian yang lari, dan mengatakan bahawa semua budak belian yang dibawa melalui New York, sudah menjadi bebas dari perhambaan. Dan dua tahun kemudian, ia menang dalam sebuah perkara mengenai hak orang Negro, dan sebagai akibatnya ditetapkan undang-undang bahawa orang Negro di dalam trem, harus diperlakukan seperti orang kulit putih.
Sebelum menjadi Presiden Chester Arthur benar-benar menjalankan politik, tetapi sebagai Presiden, ia tidak main politik, dan ia selalu mengorbankan keuntungan politik dalam menjalankan tugasnya. Hal ini menimbulkan kerugian besar terhadap Partainya, yaitu Partai Republik, terlebih lagi ketika ia:
Oleh sebab Presiden Chester Arthur menunjukkan bahawa sebagai Presiden ia tidak dapat dipengaruhi politik, hal ini menimbulkan rasa permusuhan pada pendukung-pendukungnya semula, sehingga ia tidak berjaya menjadi calon Presiden dari Parti Republik kembali pada 1884. Setelah menyelesaikan masa jawatannya, ia berpindah ke New York dalam keadaan sakit. Ia meninggal dunia di New York pada 18 November 1886.
Didahului oleh William A. Wheeler |
Calon Wakil Presiden Parti Republik 1880 (menang) |
Diikuti oleh: John A. Logan |
Didahului oleh William A. Wheeler |
Wakil Presiden Amerika Syarikat 4 Mac 1881 – 19 September 1881 |
Diikuti oleh: Thomas A. Hendricks |
Didahului oleh James A. Garfield |
Presiden Amerika Syarikat 19 September 1881 – 4 Maret 1885 |
Diikuti oleh: Grover Cleveland |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Chester A. Arthur |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Chester A. Arthur. |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.