![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/eb/First_Marquis_of_Cornwallis.jpg/640px-First_Marquis_of_Cornwallis.jpg&w=640&q=50)
Charles Cornwallis, Marquis Cornwallis Pertama
From Wikipedia, the free encyclopedia
Charles Cornwallis, Marquis Pertama Cornwallis KG (31 Disember 1738 - 5 Oktober 1805), bergelar Viscount Brome (antara 1753-1762) dan The Earl Cornwallis (antara 1762-1792), adalah seorang pegawai Tentera Darat Britain dan pentadbir kolonial. Di Amerika Syarikat dan United Kingdom ia dikenang terutamanya sebagai salah satu jeneral Inggeris terkemuka dalam Perang Kemerdekaan Amerika. Tahun 1781, Cornwallis menyerah kalah kepada tentera gabungan Amerika-Perancis pada Pengepungan Yorktown dan mulai dari itu secara amnya berakhirlah peperangan di Amerika Utara. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai gabenor awam dan gabenor jeneral di Ireland dan India, dan di kedua-dua tempat menetapkan perubahan yang bermakna, iaitu Akta Kesatuan di Ireland dan Penyelesaian Kekal di India.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/eb/First_Marquis_of_Cornwallis.jpg/320px-First_Marquis_of_Cornwallis.jpg)