Champs-Élysées
From Wikipedia, the free encyclopedia
Avenue des Champs-Élysées (Sebutan Perancis: [ʃɑ̃zeliˈze] ( dengar)) adalah sebuah lebuh berprestij yang terletak di Paris, Perancis. Dengan dihiasi dengan panggung, kafé, kedai-kedai khas mewah dan pokok berangan, Avenue des Champs-Élysées menjadi salah satu jalan yang paling terkenal di dunia, dengan kadar sewanya setinggi AS$1.5 juta bagi setiap 1,000 kaki persegi (92.9 meter persegi) ruang. Ia kekal menjadi jalur hartanah paling mahaldi Eropah.[1][2] Namanya yang bermaksud padang Elysion di dalam bahasa Perancis, adalah sebuah tempat kematian bertuah dalam mitologi Yunani.
AVENUE des CHAMPS ÉLYSÉES | |
---|---|
Arrondissement | VIIIe |
Quarter | Champs Élysées. Faubourg du Roule. |
Bermula di | Place de la Concorde |
Tamat di | Place Charles de Gaulle |
Panjang | 1910 m |
Lebar | 70 m |
Wujud | 1670 |
Denominasi | 2 Mac, 1864 |
Avenue des Champs-Élysées juga dikenali dalam bahasa Perancis sebagai La plus belle avenue du monde ("Lebuh paling cantik di dunia").[3] Ketibaan rangkaian kedai berjenama global sejak beberapa tahun lepas sedikit sebanyak mengubah karekternya, dan dalam usaha pertama bagi menahan perubahan-perubahan ini, Kota Paris (yang mana memanggil trend ini sebagai "banalisation") pada tahun 2007 telah memutuskan untuk menghalang rangkaian pakaian dari Sweden, H&M dari membukakedai di lebuh ini.[2] Bagaimanapun pada tahun 2008, rangkaian pakaian dari Amerika Syarikat, Abercrombie & Fitch telah diberi kebenaran untuk membuka kedai di sini.[4]