Carl Spaatz
United States Army general / From Wikipedia, the free encyclopedia
Carl Andrew "Tooey" Spaatz (28 Jun 1891 – 14 Julai 1974) ialah seorang Jeneral A.S. dalam Perang Dunia II dan merupakan Ketua Turus Tentera Udara Amerika Syarikat yang pertama. Beliau memimpin angkatan tentera udara Amerika Syarikat di Eropah dan kemudiannya di Pasifik. Penyokong pengeboman strategik siang, Spaatz memimpin Tentera Udara Kelapan di England, iaitu pasukan utama Amerika Syarikat dalam kempen udara strategik menentang Jerman. Kemudian Beliau memimpin tentera udara Amerika Syarikat di Afrika Utara, dan pada tahun 1944 beliau menyandang jawatan Panglima Tentera Udara Strategik Amerika Syarikat di Eropah. Pada musim bunga 1945 beliau memegang jawatan yang sama di kancah Pasifik (Tentera Udara Strategik Amerika Syarikat di Pasifik), di mana beliau mengarah serangan udara terakhir ke atas Jepun.
Jeneral Carl Andrew Spaatz | |
---|---|
Nama lahir | Carl Andrew Spatz |
Nama samaran | Tooey |
Kelahiran | (1891-06-28)28 Jun 1891 Boyertown, Pennsylvania, AS |
Meninggal dunia | 14 Julai 1974(1974-07-14) (umur 83) Washington, D.C., AS |
Kesetiaan | Amerika Syarikat |
Perkhidmatan | Infantri, Tentera Darat A.S. Seksyen Penerbangan, Kor Semboyan Perkhidmatan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat Kor Udara Tentera Darat Amerika Syarikat Angkatan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat Tentera Udara Amerika Syarikat |
Tahun perkhidmatan | 1914 - 1948 |
Pangkat | Jeneral |
Pertempuran | Ekspedisi Mexico Perang Dunia I Perang Dunia II |
Anugerah | Distinguished Service Cross Army Distinguished Service Medal (3) Legion of Merit Distinguished Flying Cross Bronze Star Knight Grand Cross of the Order of the British Empire Grand Officier of the Légion d'honneur Croix de guerre (Belgium) |