From Wikipedia, the free encyclopedia
Boeing (dahulunya McDonnell Douglas) C-17 Globemaster III adalah pesawat pengangkut strategik yang dikeluarkan oleh syarikat Boeing Integrated Defense Systems, dan kini digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat, Tentera Udara Diraja British, Tentera Udara Diraja Australia dan Tentera Udara Diraja Kanada.[2] NATO juga merancang untuk memperolehi kapal terbang pengangkut strategik ini.
C-17 Globemaster III | |
---|---|
| |
Peranan | Pengangkut strategik |
Pengeluar | McDonnell Douglas/Boeing |
Penerbangan sulung | 15 September 1991 |
Mula digunakan | 14 Julai 1993 |
Status | Aktif |
Pengguna utama | Tentera Udara Amerika Syarikat Tentera Udara Diraja British Tentera Udara Diraja Australia Tentera Udara Kanada |
Jumlah dibina | 179 buah setakat April 2008[1] |
Dibangunkan dari | McDonnell Douglas YC-15 |
C-17 Globemaster III berupaya membuat penghantaran strategik anggota tentera dan semua jenis kargo dengan pantas ke pangkalan operasi atau terus ke pangkalan hadapan dalam kawasan pergolakan. Kapal terbang ini juga berupaya untuk melaksanakan penghantaran udara taktikal, pemindahan perubatan dan misi penguguran dari udara. C-17 mendapat namanya daripada kapal terbang kargo Tentera Udara A.S sebelumnya iaitu, C-74 Globemaster dan C-124 Globemaster II.
Pada tahun 1970-an, Tentera Udara A.S. mula merancang untuk menggantikan kapal terbang pengangkut taktikal C-130 Hercules. Pertandingan pesawat pengangkut sederhana STOL termaju (AMST) telah diadakan, firma Boeing telah mencadangkan kapal terbang YC-14, manakala firma McDonnell Douglas pula telah mencadangkan kapal terbang YC-15. Meskipun cadangan dari kedua-dua firma ini melangkaui spesifikasi yang ditetapkan, pertandingan AMST telah dibatalkan sebelum pemenangnya dipilih.[3]
Pada awal tahun 1980-an, Tentera Udara A.S mendapati mereka memiliki sejumlah besar kapal terbang kargo C-141 Starlifter yang telah berusia. Beberapa kapal terbang C-141 menghadapi masalah struktur yang teruk disebabkan penggunaannya yang intensif. Memburukan lagi masalah, dari segi sejarah Tentera Udara A.S tidak pernah memiliki keupayaan mencukupi bagi memenuhi keperluan pengangkutan udara strategiknya. Sebagai tindak balas, firma McDonnell Douglas telah dipilih untuk membangunkan kapal terbang baru dengan menggunakan YC-15 sebagai asas. Firma McDonnell Douglas telah dianugerahkan kontrak untuk membina kapal terbang cadangannya, kemudian menamakan sebagai C-17A Globemaster III, pada 28 Ogos, 1981. Kapal terbang baru ini berbeza dari segi sayap rentang belakang, saiz yang lebih besar dan enjin yang lebih berkuasa. Ini bukan saja menjadikan ia boleh melaksanakan semua kerja yang dilakukan oleh C-141, tetapi juga memlaksanakan beberapa tugas C-5 Galaxy, menjadikan angkatan kapal terbang C-5 untuk mengendalikan kargo yang bersaiz besar.
Data dari lembaran fakta Tentera Udara A.S, Boeing,[7] dan AerospaceWeb[8]
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.