From Wikipedia, the free encyclopedia
Belatuk (Jawi: بلاتوق)[1] atau pelatuk (Jawi: ڤلاتوق)[2] ialah jenis burung dalam keluarga Picidae iaitu salah satu cabang dari order Piciformes. Burung-burung ini dalam keluarga tersebut berkongsi ciri-ciri sama terutamanya cara mendapatkan makanan atau membuat sarang dengan mematuk pada dahan atau batang pokok dengan laju berulang-ulang kali menggunakan paruh;[3] tabiat inilah memberi nama kepada burung-burung sejenisnya (pelatuk atau varian belatuk wujud hasil pengimbuhan sisipan <el> dalam kata kerja patuk).[4]
Burung Belatuk | |
---|---|
Belatuk Hispaniolan | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Subkelas: | Neornithes |
Infrakelas: | Neognathae |
Superorder: | Neoaves |
Order: | |
Suborder: | Pici |
Keluarga: | Picidae Vigors, 1825 |
Subfamili | |
Jynginae - wrynecks |
Burung-burung disebut ini didapati di hutan-hutan hujan dan kayu serata dunia kecuali di Australia, New Guinea, New Zealand dan Madagaskar. Di Semenanjung Malaysia sahaja, terdapat 25 jenis spesies burung belatuk.[5][3]
Belatuk datang dalam pelbagai jenis saiz dari sekecil 7 sm lebih kecil daripada pipit dengan berat timbangan 7 gram sehingga sebesar 50 sm menghampiri punai. Belatuk kelabu merupakan burung terbesar dari jenis belatuk ini dengan berat 360–563 gram.[6]
Paruh burung belatuk tidak bergigi dan keras seperti mata pahat.
Jantina spesies belatuk sering dibezakan melalui warna bulu pelepah di mana belatuk jantan jauh berwarna terang dan berwarna-warni. daripada belatuk betina.[3]
Burung ini boleh dilihat bertenggek secara menegak di atas hujung ekornya yang keras di batang pokok sambil paruhnya yang keras dan berbentuk pahat mematuk batang pokok untuk mencari makanan ulat dan serangga ataupun untuk melubangi pokok untuk membuat sarang. Bunyi patukannya yang agak kuat itu boleh kedengaran dari jauh.
Selain itu, belatuk juga mengeluarkan bunyi teriakan kasar dan nyaring. Di udara, belatuk terbang secara berombak-ombak tetapi agak lemah.[5][3]
Burung belatuk membiak dengan bertelur di dalam lubang batang pokok. Telur belatuk bercangkerang keras.Telur belatuk tidak mudah retak.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.