Burung Tukang, Burung Tukan, Tukan, atau Tucana (Tuc) ialah sebuah buruj bintang di langit selatan, dinamai sempena tukana, burung dari Amerika Selatan. Buruj ini merupakan salah sebuah daripada dua belas buah buruj yang dicipta pada hujung abad keenam belas oleh Petrus Plancius daripada pencerapan oleh Pieter Dirkszoon Keyser dan Frederick de Houtman. Tucana pertama kali muncul pada sebuah glob samawi bergaris tengah 35 cm (14 in) yang diterbitkan pada 1598 di Amsterdam oleh Plancius dan Jodocus Hondius dan digambarkan dalam atlas bintang oleh Johann Bayer, Uranometria, pada 1603. Penjelajah dan ahli astronomi Perancis, Nicolas Louis de Lacaille, memberi bintang-bintangnya designasi Bayer pada 1756. Buruj-buruj Tucana (Burung Tukang), Grus (Keria), Phoenix (Feniks) dan Pavo (Merak) yang secara kolektif dikenali sebagai "Burung-burung Selatan".

Fakta Segera Tucana, Nama Latin ...
Tucana
Buruj
Thumb
Nama LatinTucana
SingkatanTuc[1]
GenitifTucanae
Sebutan/tukana/,
genitif /tukane/
SimbolismeTukan
Pencerapan
(Epok J2000)
22j 08.45m hingga 01j 24.82m[2]
Keserongan−56.31° hingga −75.35°[2]
SukuanSQ1
KeluargaBayer
Keluasan295 darjah persegi (ke-48)
Bintang
Bintang utama3
Bintang Bayer/Flamsteed
17
Bintang dengan planet
5
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
1
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
2[note 1]
Bintang paling terang
α Tuc (2.87m)
Bintang terhampirLHS 1208
(26.55 tc, 8.14 pc)
Objek
Objek MessierTiada
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +25° dan −90°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan November.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Tucana bukan buruj yang prominen kerana semua bintangnya bermagnitud ketiga atau lebih malap; yang terbesar ialah Alpha Tucanae dengan magnitud visual ketara sebanyak 2.87. Beta Tucanae ialah satu sistem bintang dengan enam buah bintang anggota, sementara Kappa ialah satu sistem kembar empat. Lima sistem bintang telah ditemui mempunyai planet luar suria sehingga tarikh ini. Buruj ini mengandungi 47 Tucanae, salah sebuah gugusan globul di langit, dan kebanyakan Awan Magellan Kecil.

Catatan

  1. Ini ialah Zeta Tucanae dan LHS 1208.

Rujukan

Teks kutipan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.