Bulu kasymir
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bulu kasymir merupakan sejenis gentian yang diperoleh daripada kambing Kasymir dan baka-baka seumpamanya. Namanya berasal daripada wilayah Kashmir yang terletak di atas sempadan India. Bulu kasymir halus teksturnya, kuat, ringan dan lembut. Pakaian bulu kasymir cukup tebal tebatannya.
Gentian bulu kasymir untuk pakaian dan sebagainya diperoleh daripada bahagian leher kambing berkenaan. Dahulu, kambing kasymir berbulu halus digelar Capra hircus laniger, seolah-olah ianya subspesies dalam spesies Capra hircus. Tetapi kini ia dikira sebagai anggota subspesies kambing bela jinak iaitu Capra aegagrus hircus. Kambing kasymir menghasilkan bulu berlapis ganda yang terdiri daripada bulu alas yang halus dan lembut yang bercampur dengan lapisan bulu pelapik yang lebih lurus dan kasar. Oleh itu bulunya mesti ditapis untuk dijual dan diproses lanjut. Penapisan bulu ini adalah proses mekanikal yang mengasingkan bulu kasar daripada bulu halus. Selepas ditapis, bulu kasymir yang terhasil itu sedia untuk bercelup warna dan diolah kepada yan tekstil, fabrik dan pakaian.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.