Bukit Beruang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bukit Beruang terletak di Melaka, Malaysia. Antara lokasi berhampiran ialah Bukit Katil dan Ayer Keroh. Universiti Multimedia terletak di sini. Asal usul nama Bukit Beruang berasal dari penyampaian secara lisan dari orang melayu tempatan sejak zaman dahulu lagi. Berikut adalah antara cerita-cerita lisan asal usul nama Bukit Beruang:
- Pernah dijumpai beruang di bukit ini, lalu digelar orang Bukit Beruang.
- Orang zaman dahulu semasa penaklukan Portugis di Melaka, orang melayu melarikan banyak wang ke bukit ini, Maka itu digelar orang Bukit Berwang.
- Di zaman dahulu ada orang melayu bernama Awang, yang melatih beruknya memetik buah kelapa di penempatan rumah di bukit ini. Lalu di gelar bukit ini Beruk Awang.
Bukit Beruang wajar dikekal namanya mengikut bahasa asalnya Melayu. tidak perlu diubah namanya kepada bahasa lain. Sejarah adalah jatidiri kita.