From Wikipedia, the free encyclopedia
Filem Bujang Lapok Kembali Daa merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1985. Filem Bujang Lapok Kembali Daa diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Bujang Lapok Kembali Daa | |
---|---|
Pengarah | Aziz Sattar |
Penulis | Aziz Sattar |
Lakon layar | Aziz Sattar |
Dibintangi |
|
Tarikh tayangan | 1985 |
Negara | Malaysia |
Bahasa |
Filem Bujang Lapok Kembali Daa mula ditayangkan pada 1985 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Aziz Sattar, S. Shamsudin dan ramai lagi.
Namun P. Ramlee tiada dalam filem ini kerana P. Ramlee telah meninggal dunia pada 29 Mei 1973 di Setapak. Tempat beliau digantikan oleh anaknya iaitu Nasir P. Ramlee. M. Rajoli memegang watak antagonis dalam filem ini. Filem ini ialah francais terakhir Bujang Lapok untuk filem terdahulunya.
Filem Bujang Lapok Kembali Daa diarah oleh pengarah Aziz Sattar pada 1985.
Aziz dan Sudin masih lagi bujang dan mereka membanting tulang bekerja bagi mencari wang untuk menghantar Nasir iaitu anak kepada Ramli untuk menyambung pengajian muzik ke luar negara. Nasir tinggal bersama Aziz dan Sudin dan bercita-cita untuk menjadi komposer terkenal seperti arwah ayahnya Ramli dan dia berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada satu hari ketika menjual barang-barang, Aziz dan Sudin menyaksikan kejadian samun lalu mereka melarikan diri ke hutan. Di sanalah mereka menjumpai seorang bekas tentera Jepun dan 2 anak gadisnya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.