From Wikipedia, the free encyclopedia
Bujang Lapok merupakan sebuah filem komedi Melayu hitam putih yang diterbitkan di Singapura pada tahun 30 November 1957 yang diarahkan oleh P. Ramlee.
Bujang Lapok | |
---|---|
Pengarah | P. Ramlee |
Penulis | B. H. Chua P. Ramlee |
Lakon layar | P. Ramlee |
Cerita oleh | B. H. Chua |
Dihasilkan oleh | Run Run Shaw |
Dibintangi | P. Ramlee S. Shamsuddin Aziz Sattar |
Sinematografi | A. Bakar Ali |
Muzik oleh | P. Ramlee |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 95 Minit |
Negara | Singapura |
Bahasa | Melayu |
Ramli (P. Ramlee), Aziz (Aziz Sattar) dan Sudin (S. Shamsuddin) tinggal di rumah sewa kepunyaan janda bernama Normah. Gelagat Ramli mula menarik perhatian pemilik rumah sewanya iaitu Normah. Hal ini disedari sendiri oleh rakan baik Ramli iaitu Sudin dan Aziz. Sudin dan Zaiton pula ingin berkahwin tetapi emak Zaiton tidak setuju ekoran Sudin dilihat tidak berupaya menanggung anaknya. Ayu, adik kepada Zaiton, sentiasa meminta upah sebanyak 20 sen untuk menutup rahsia hubungan cinta antara Sudin dan Zaiton. Aziz pula sering membantu Sapiah yang menderita di bawah jagaan bapa angkatnya, seorang kaki botol yang sering bertindak kejam memukul Sapiah. Selepas beberapa lama menyulam cinta, ketiga-tiga sahabat ini akhirnya berkahwin dengan gadis pilihan masing-masing. Sudin dengan Zaiton, Aziz dengan Sapiah dan Ramli dengan Normah.
Bujang Lapok merupakan filem P. Ramlee pertama dengan genre komedi. Beliau memperoleh inspirasi untuk membikin filem ini daripada barisan pelawak Barat seperti The Three Stooges, Laurel and Hardy dan Charlie Chaplin. Dengan itu, beliau memperoleh karya saduran filem Cina daripada B. H. Chua untuk filem Bujang Lapok. Menuruti The Three Stooges, trio Bujang Lapok serta pelakon utama lain menggunakan nama sebenar mereka dalam filem.
Filem ini menerima penerimaan yang baik, dan dengan itu, filem ini kemudiannya disambungkan dengan beberapa sekuel dalam satu siri filem.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.