From Wikipedia, the free encyclopedia
Brachypteryx adalah satu genus burung passerine yang terdiri dari enam spesies yang dikenali sebagai shortwings. Ia boleh ditemui di Asia Tenggara.
Brachypteryx | |
---|---|
Shortwing Alis Putih, (Brachypteryx montana) | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Passeriformes |
Keluarga: | Muscicapidae |
Subkeluarga: | Saxicolinae |
Genus: | Brachypteryx Horsfield, 1821 |
Shortwing adalah sejenis burung kecil berkaki panjang, paruh tajam, ekor pendek dan sayap bulat. Ia merupakan spesies burung yang berkeliaran di atas tanah dan pemalu.[1]
Genus Brachypteryx telah diperkenalkan oleh seorang ahli alam semulajadi Amerika bernama Thomas Horsfield pada tahun 1821.[2] Nama ini berasal daripada perkataan Greek Klasik brakhus bermakna "pendek" dan pterux bermakna "sayap".[3] Genus ini dahulunya diletakkan dalam keluarga Murai Batu, Turdidae akan tetapi pada tahun 2010; dua kajian pilogenetik molekular berbeza mendapati bahawa spesies dalam genus ini lebih rapat dengan anggota keluarga burung sambar Dunia Lama iaitu Muscicapidae.[4][5]
Genus ini terdiri dari spesies-spesies berikut:[6]
Meskipun Murai Alis Putih dan Murai Perut Karat memiliki warna bulu dimorphisme yang jelas, Murai Kakap adalah monomorphik seksual.
Tiga spesies lain yang dahulunya berada dalam genus Brachypteryx adalah:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.