Sungai Solo
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sungai Solo adalah sungai terpanjang di Pulau Jawa, Indonesia dengan mata air dari daerah Pergunungan Kidul, Wonogiri dan menemui laut di daerah Gresik.
Fakta Segera Nama asal, Lokasi ...
Sungai Solo | |
---|---|
Nama asal | ꦧꦼꦔꦮꦤ꧀ꦱꦭ, Bengawan Solo |
Lokasi | |
Negara | Indonesia |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | Gunung Sewu Geopark |
Muara | Laut Jawa |
Tutup
Rencana ini mengenai sungai di Pulau Jawa. Untuk lagu dengan nama yang sama, sila lihat Bengawan Solo (lagu). Untuk filem 1949 dengan judul sama, sila lihat Bengawan Solo (filem 1949).
Sungai ini panjangnya sekitar 548.53 km dan mengaliri dua wilayah iaitu Jawa Tengah dan Jawa Timur. Kabupaten yang dilalui ialah Wonogiri, Pacitan, Sukoharjo, Klaten, Solo, Sragen, Ngawi, Blora, Bojonegoro, Tuban, Lamongan, dan Gresik[1].