![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/77/Flag_of_Germany_%25281935%25E2%2580%25931945%2529.svg/langms-640px-Flag_of_Germany_%25281935%25E2%2580%25931945%2529.svg.png&w=640&q=50)
Bendera Jerman Nazi
Bendera Jerman dan Parti Nazi semasa era Nazi. / From Wikipedia, the free encyclopedia
Bendera Jerman Nazi (Jawi: بنديرا جرمان نازي), atau secara rasminya bendera Deutsches Reich (Reich Jerman; Jawi: بنديرا راءيخ جرمان), merupakan sebuah bendera merah dengan swastika hitam pada cakera putih. Bendera pada awalnya digunakan sebagai panji Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (NSDAP) setelah penubuhannya. Setelah pelantikan Adolf Hitler sebagai Canselor pada tahun 1933, bendera tersebut diangkat sebagai salah satu daripada dua bendera kebangsaan negara Jerman Nazi; yang kedua adalah bendera melintang berwarna hitam-putih-merah yang digunakan Empayar Jerman.
![]() | |
Nama | Bendera Nazi, Bendera swastika |
---|---|
Kegunaan | Bendera kebangsaan dan bendera kapal kebangsaan ![]() ![]() |
Nisbah | 3:5 |
Diterima pakai | 1935 |
Rekaan | Bendera merah dengan swastika hitam di atas satu cakera putih |
Setahun setelah kematian Presiden Hindenburg pada tahun 1934, bendera Nazi ini dijadikan satu-satunya bendera kebangsaan Jerman pada tahun 1935, dan kekal sebegitu sehingga akhir Perang Dunia II dan kejatuhan Reich Ketiga.