From Wikipedia, the free encyclopedia
Baritenor adalah satu dialek (perkataan tidak formal) untuk merujuk kepada suara lelaki yang mana tessitura atau corak suara mereka terletak di antara suara bariton dan suara tenor. Perkataan ini kerap digunakan untuk merujuk kepada suara nyanyian kebiasaan untuk lelaki ataupun suara penyanyi pop lelaki.
Lingkungan Suara |
Suara Wanita
Suara Lelaki
Kaitan |
Di dalam muzik klasikal, istilah ini kebiasaannya digunakan untuk merujuk kepada pelajar vokal lelaki yang suara dewasa mereka masih belum dikenal pasti berdasarkan usia mereka yang masih belum cukup matang (remaja lelaki). Suara ini amat jarang dianggap sebagai suara lelaki dewasa.
Lingkungan suara penyanyi baritenor kebiasaannya adalah dari B2 hingga ke A4, namun ada juga yang boleh menyanyikan nada lebih rendah. Sehingga kini, tidak terdapat sebarang maklumat untuk jenis suara ini digunakan untuk di dalam persembahan opera melainkan opereta (opera berskala kecil / ringan) dan teater muzikal.
Lingkungan suara mengikut nota paparan keyboard |
(Untuk pemahaman lanjut)
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.