Barbette (barbet) adalah jenis beberapa tapak meriam di perkubuan darat atau kapal tentera laut.

Thumb
Meriam 8-inci, 10-inci, dan 12-inci di atas pengangkut barbette sekitar tahun 1895; ia memperkenalkan pengangkut bergerak dalam tentera AS.
Thumb
Meriam 16-inci M1919 Tentera AS di atas tapak barbette M1919; ini adalah cagak bersudut tinggi dengan dongakan sehingga 65°.

Dalam penggunaan tentera laut sekarang, barbette merupakan tapak perisai pelindung keliling bagi turet meriam berat. Ia berkembang dari bentuk awal perlindungan meriam yang akhirnya dipasang pada kapal tempur pra-dreadnought. Nama barbette sebenarnya berasal dari perkubuan - ia pada asalnya bermaksud platform atau bukit yang tinggi,[1] mengikut bahasa Perancis en barbette, yang merujuk pada prosedur menembak meriam di atas tembok dan bukan melalui lubang di kekubah kubu. Yang pertama memberikan sudut tembakan yang lebih baik tetapi kurang perlindungan daripada yang kedua. Meriam bergerak adalah variasi pada barbette meriam; ia terdiri daripada meriam berat pada kereta kuda yang akan ditarik ke belakang tembok atau kedalam lubang senjata untuk muat semula peluru. Barbette banyak digunakan di pertahanan pantai, tetapi ada yang digunakan pada segelintir kapal perang, dan beberapa kubu darat. Istilah ini juga digunakan untuk pemasangan meriam pesawat tertentu.

Barbette kapal banyak digunakan pada kapal perang berperisai - bermula pada tahun 1860an sewaktu eksperimen dengan sistem pemasangan lain untuk meriam berat di laut. Di dalam ini, laras meriam biasanya menonjol di sisi barbette, jadi barbette hanya memberikan separa perlindungan, terutama untuk bekalan amunisi. Alternatifnya termasuk turet meriam berperisai berat dan kapal meriam tengah berperisai tetap. Menjelang tahun 1880an, ketiga-tiga sistem digantikan dengan sistem turet barbette hibrid yang menggabungkan kelebihan kedua-dua jenis. Tiub menegak berperisai yang menopang cagak baru meriam dirujuk sebagai barbette.

Meriam dengan arka bedilan terbatas yang dipasang pada pesawat pengebom berat semasa Perang Dunia II—seperti di ekor pesawat, berbanding turet berputar sepenuhnya—juga kadang kala disebut sebagai pemasangan barbette, walaupun penggunaan istilah ini banyak terbatas pada penerbitan British. Para pengarang Amerika secara amnya menyebut pemasangan sebagai meriam ekor pesawat atau sebagai turet meriam ekor pesawat.

Nota

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.