![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b4/Lionel-Messi-Argentina-2022-FIFA-World-Cup_%2528cropped%2529.jpg/640px-Lionel-Messi-Argentina-2022-FIFA-World-Cup_%2528cropped%2529.jpg&w=640&q=50)
Ballon d'Or 2023
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ballon d'Or 2023 merupakan majlis tahunan ke-67 Ballon d'Or, yang disampaikan oleh majalah France Football, mengiktiraf pemain bola sepak terbaik di dunia pada musim 2022–23. Calon-calon diumumkan pada 6 September 2023 dan majlis berlangsung pada 30 Oktober 2023.
Ballon d'Or 2023 | |
---|---|
![]() Pemenang Ballon d'Or 2023: Lionel Messi | |
Tarikh | 30 Oktober 2023 |
Lokasi | Théâtre du Châtelet, Paris |
Negara | Perancis |
Disampaikan oleh | France Football |
Pengacara | Sandy Heribert Didier Drogba[1] |
Sorotan | |
Ballon d'Or | ![]() (Anugerah ke-8) |
Ballon d'Or Féminin | ![]() (Anugerah pertama) |
Trofi Kopa | ![]() (Anugerah pertama) |
Anugerah Sócrates | ![]() (Anugerah pertama) |
Trofi Yashin | ![]() (Anugerah pertama) |
Laman web rasmi | francefootball.fr/ballon-d-or |
|
Lionel Messi memenangi anugerah itu untuk pemanjangan rekod kali kelapan selepas mengetuai Argentina dalam Piala Dunia FIFA 2022. Justeru, Messi menjadi satu-satunya pemain dalam sejarah memenangi anugerah itu dengan tiga kelab berbeza (Barcelona, PSG, dan Inter Miami) dan satu-satunya yang memenanginya ketika bermain di luar Eropah (Amerika Syarikat). Aitana Bonmatí memenangi Ballon d'Or Féminin pertamanya, selepas dia memenangi Liga Juara-Juara Wanita UEFA 2022–23 bersama FC Barcelona dan Piala Dunia Wanita FIFA 2023 bersama Sepanyol. Dalam kategori anugerah lain, Jude Bellingham memenangi Trofi Kopa, Emiliano Martínez memenangi Trofi Yashin, Anugerah Sócrates diberikan kepada Vinícius Júnior, Erling Haaland merangkul Trofi Gerd Müller, anugerah Pasukan Lelaki Terbaik diberikan kepada Manchester City untuk tahun kedua berturut-turut dan FC Barcelona menerima anugerah Pasukan Wanita Terbaik.