![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/26/Coat_of_arms_of_Malaysia.svg/langms-640px-Coat_of_arms_of_Malaysia.svg.png&w=640&q=50)
Bahasa Melayu Malaysia
dialek Bahasa Melayu yang digunakan sebagai bahasa rasmi di Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa Melayu Malaysia juga dikenali sebagai Bahasa Melayu Piawai atau secara ringkasnya disebut sebagai Bahasa Melayu sahaja ialah sejenis versi bahasa Melayu yang dikawalselia pemiawaiannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dan diguna pakai sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, yang menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan (Malaysia) ialah bahasa Melayu".[3] Piawai bahasa ini juga digunakan di negara Singapura dan Brunei, dan turut berstatus rasmi di negara-negara tersebut.[4]
Bahasa Melayu Malaysia بهاس ملايو مليسياcode: ms is deprecated | |
---|---|
Bahasa Melayu Piawai بهاس ملايو ڤياوايcode: ms is deprecated | |
Sebutan | [ba.ˈha.sə mə.la.ju mə.'lej.sjə] |
Asli kepada | Malaysia, Singapura dan Brunei |
Penutur bahasa | B1: Sedikit B2: Merangkumi keseluruhan penduduk Malaysia.[1] Bentuk baku bahasa Melayu Malaysia (zsm) ini digunakan secara diglosia dengan bahasa Melayu tempatan (zlm). |
Austronesia
| |
Bentuk awal | Bahasa Melayu Kuno
|
Tulisan Rumi (rasmi) dan Tulisan Jawi (separa rasmi)[2] | |
Status rasmi | |
Bahasa rasmi di | ![]() ![]() ![]() |
Dikawal selia oleh | Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Majlis Bahasa Melayu Singapura |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | zsm |
Glottolog | stan1306 |
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA. |
Bahasa Melayu Malaysia mempunyai lebih daripada 65-75% perbendaharaan katanya berkognat dengan perbendaharaan kata daripada Bahasa Indonesia dan dituturkan oleh lebih daripada 20-25 juta orang di Malaysia sebagai bahasa sehari-hari dan lingua franca.