Bahasa Melayu Johor-Riau
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa Melayu Johor-Riau(Jawi: بهاس ملايو جوهر-رياوcode: ms is deprecated ) merupakan Bahasa Melayu yang dipertuturkan ketika Kesultanan Melaka dan selepas kejatuhan Kesultanan Melaka ,kemudian beralih kepada Kesultanan Johor lama iaitu kawasan Johor-Pahang-Riau-Lingga. Bahasa ini dipertuturkan oleh penduduk Semenanjung Tanah Melayu, Temasik, Kepulauan Riau, Kepulauan Lingga , Riau dan sebahagian Sumatera Selatan.
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d7/Partition_of_the_Johor_Empire.png/220px-Partition_of_the_Johor_Empire.png)
Bahasa Melayu Johor-Riau بهاس ملايو جوهر-رياو | |
---|---|
Bahasa Johor-Riau | |
Sebutan | Bahase Joho-Riau |
Asli kepada | ![]() ![]() ![]() |
Kawasan | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Etnik | Orang Melayu Johor dan Orang Melayu Riau |
Austronesia
| |
Bentuk awal | |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | – |
Bahasa Johor-Riau pada awalnya kesinambungan daripada Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu(Bahasa Piawai), Bahasa Melayu Melaka dan menjadi Bahasa Johor-Riau. Pada akhirnya bahasa ini berpecah menjadi Bahasa Melayu Johor dan Bahasa Melayu Riau . Selepas negara Malaysia dan Indonesia wujud , Bahasa Melayu Johor dan Bahasa Melayu terus berkembang menjadi Bahasa Melayu Malaysia ,manakala Bahasa Melayu Riau terus berkembang menjadi Bahasa Melayu Indonesia.