Azmil Mustapha
Bekas pelakon dan penceramah lelaki Malaysia (1953-2018) / From Wikipedia, the free encyclopedia
Ustaz Azmil Mustapha Kamil (1 Januari 1953 – 14 Februari 2018) ialah seorang bekas pelakon dan penceramah lelaki Malaysia yang pernah menjadi fenomena pada lewat tahun 1980-an di Malaysia. Bermula dengan filem yang mencecah kutipan pecah panggung iaitu filem Mekanik (1983) yang turut dibintangi legenda bola sepak tanah air iaitu Dato' Mokhtar Dahari sebagai pelakon undangan. Antara filem yang turut melonjakkan nama beliau ialah Ali Setan (1985), Ali Setan 2 (1986) dan Suara Kekasih (1986). Gandingan paling ideal pada era tersebut adalah antara beliau dan Ogy Ahmad Daud. Selain itu, antara filem yang turut mendapat sambutan adalah seperti Driving School (1990), Fifty/Fifty (1992) dan Iman Alone (1998).
Fakta Segera Ustaz, Kelahiran ...
Azmil Mustapha | |
---|---|
Kelahiran | Azmil bin Mustapha Kamil (1953-01-01)1 Januari 1953 |
Meninggal dunia | 14 Februari 2018(2018-02-14) (umur 65) |
Sebab kematian | Komplikasi jantung |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor |
Pendidikan | Sarjana Muda Filem, Radio dan Televisyen |
Pusat pendidikan | Universiti Indiana Bloomington, Amerika Syarikat |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penerbit, penceramah |
Tahun aktif | 1982–2004 (sebagai pelakon) 2005–2018 (sebagai penceramah) |
Terkenal kerana | 'Ali' (Ali Setan) 'Taufik' (Suara Kekasih) 'Johari' (drama bersiri PJ) |
Pasangan | Jamaliah Jamari |
Anak-anak | 5 (termasuk Alya Iman) |
Bapa | Mustapha Kamil Mohd Yassin |
Tutup