From Wikipedia, the free encyclopedia
Musim kedua Asia's Got Talent (AGT) ditayang unggul pada 12 Oktober 2017 pada jam 8:30 malam (UTC+8)[1][2] sekitar 27 negara di Asia.[3] Persembahan pemenang akan menerima hadiah utama AS$100,000.[3]
Asia's Got Talent | |
---|---|
Season 2 | |
Disiarkan dari | 12 Oktober 2017 |
Juri | David Foster Anggun Jay Park |
Host(s) | Alan Wong Justin Bratton |
Penyiar | AXN Asia |
Pemenang | |
The Sacred Riana | |
Asal | Indonesia |
Genre | Ahli silap mata seram |
Naib johan | |
DM-X Comvaleñoz |
Rancangan ini dihoskan oleh Alan Wong dan Justin Bratton, menggantikan Marc Nelson and Rovilson Fernandez. David Foster dan Anggun kembali sebagai juri, manakala Melanie C dan Vanness Wu diganti oleh Jay Park.[4][5]
Penaja rasmi rancangan ini bagi musim ini ialah Traveloka.[6]
Ahli silap mata Indonesia yang menyeramkan, telah diumumkan sebagai pemenang musim kedua.[7]
Uji bakat terbuka untuk musim kedua ini berlangsung di bandar-bandar utama di Asia. Uji bakat terbuka telah diadakan di Singapura, Malaysia, Filipina, Taiwan, Thailand dan Indonesia. Uji bakat terbuka ini telah dihakimi oleh penerbit Asia's Got Talent. Para peserta uji bakat juga dibenarkan untuk menghantar video uji bakat online mereka melalui laman web rasmi rancangan. Mereka yang lulus akan mara ke uji bakat secara langsung.
Tarikh Uji Bakat Terbuka | Tempat Uji Bakat Terbuka | Bandar | Ruj. |
---|---|---|---|
10 April – 8 Jun 2017 | Uji Bakat Dalam Talian | [8][9] | |
14 Mei 2017 | Marina Bay Sands | Downtown Core, Singapura | [10] |
20 Mei 2017 | Bandar Sunway | Selangor, Malaysia | [11] |
21 Mei 2017 | Quezon City Experience | Bandar Quezon, Metro Manila, Filipina | [12] |
27 Mei 2017 | Syntrend Creative Park | Taipei, Taiwan | [13] |
28 Mei 2017 | Universiti Kasem Bundit | Bangkok, Thailand | [14] |
3 Jun 2017 | Wisma Serbaguna Senayan | Jakarta, Indonesia | [15] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.