From Wikipedia, the free encyclopedia
Asqalan (Arab: عسقلان, rumi: `asqalān ) atau Ashkelon (Bahasa Ibrani: אַשְׁקְלוֹן; Latin: Ascalon) ialah sebuah bandar di Daerah Selatan, Palestin. Bandar ini terletak di pesisiran pantai Laut Tengah yakni di selatan Ashdod dan di utara Genting Gaza. Asqalan memiliki sekitar 110,200 orang penduduk (2008).
Asqalan moden didirikan sebagai komuniti pertanian setelah pembentukan wilayah haram Israel pada bulan Mei 1948, dan merupakan permukiman kota yang didirikan buat pertama kali pada tahun 1950-an di atas bandar al-Majdal (Arab: المجدل atau Arab: مجدل عسقلان ).
Bandar ini memiliki 19 sekolah dasar, 9 SMP dan SMA. Salah satu sekolah di kota ini ialah "Omanuyot", secara harfiahnya bererti "seni", yang mengajar semua usia dari 6 hingga 18.
Di pusat bandar ada pusat penjualan, muzium dan peninggalan arkeologi. Di pesisir pantainya pula ada terdapatnya sejumlah restoran, hotel dan marina yang besar.
Ada penemuan arkeologi dan pemeliharaan di sini, yang membuat Asqalan begitu unik, seperti taman negara dengan sejumlah relik dari Asqalan kuno. Asqalan adalah salah satu bandar tertua di dunia, disebutkan dalam Alkitab dan mempunyai erti sejarah yang amat penting. Bandar ini dihancurkan oleh Mamluk pada tahun 1270.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Asqalan |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.