Arthur Seyss-Inquart
From Wikipedia, the free encyclopedia
Arthur Seyss-Inquart (Jerman: Seyß-Inquart (bantuan·maklumat); 22 Julai 1892 – 16 Oktober 1946) adalah seorang ahli politik Nazi Austria yang berkhidmat sebagai Canselor Austria selama dua hari – dari 11 hingga 13 Mac 1938 – sebelum Anschluss iaitu pengilhakkan Austria oleh Jerman Nazi, menandatangani undang-undang perlembagaan selaku pemangku ketua negara selepas peletakan jawatan Presiden Wilhelm Miklas.
Fakta Segera Canselor Austria, Presiden ...
Arthur Seyss-Inquart | |
---|---|
Canselor Austria | |
Dalam jawatan 11 Mac 1938 – 13 Mac 1938 | |
Presiden | Wilhelm Miklas |
Timbalan | Edmund Glaise-Horstenau |
Didahului oleh | Kurt Schuschnigg |
Digantikan oleh | Karl Renner (1945) |
Reichsstatthalter Negeri Austria | |
Dalam jawatan 29 Mei 1940 – 7 Mei 1945 | |
Pesuruhjaya | Josef Bürckel |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan (sendiri sebagai Canselor) |
Digantikan oleh | Josef Bürckel |
Pesuruhjaya Reich bagi Wilayah Taklukan Belanda | |
Dalam jawatan 29 Mei 1940 – 7 Mei 1945 | |
Pemimpin | Adolf Hitler |
Didahului oleh | Alexander von Falkenhausen sebagai gabenor tentera |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Menteri Luar Negeri Reich | |
Dalam jawatan 30 April 1945 – 2 Mei 1945 | |
Canselor | Joseph Goebbels |
Didahului oleh | Joachim von Ribbentrop |
Digantikan oleh | Lutz Graf Schwerin von Krosigk |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1892-07-22)22 Julai 1892 Stannern, Wilayah Moravia, Austria-Hungary (sekarang Stonařov, Wilayah Vysočina, Republik Czech) |
Meninggal dunia | 16 Oktober 1946(1946-10-16) (umur 54) Nuremberg, Bavaria, Jerman taklukan Bersekutu |
Parti politik |
|
Pasangan | Gertrud Maschka (k. 1916) |
Anak-anak | 3 |
Tutup
Semasa Perang Dunia II, beliau berkhidmat dalam Kerajaan Am Poland dan sebagai Reichskommissar taklukan Belanda. Di perbicaraan Nuremberg, beliau telah didapati bersalah kerana jenayah terhadap kemanusiaan dan dijatuhi hukuman mati.