Arnab Angora
From Wikipedia, the free encyclopedia
Arnab Angora (Turki: Ankara tavşanıcode: tr is deprecated ) ialah sejenis arnab bela jinak yang diternak untuk bulunya yang panjang dan lembut. Arnab Angora adalah antara jenis arnab jinak yang tertua di dunia, dan berasal dari Ankara (dahulunya dikenali sebagai Angora), Turki, bersama dengan kucing Angora dan kambing Angora. Arnab ini menjadi haiwan belaan kegemaran kerabat diraja Perancis pada pertengahan abad ke-18, kemudian merebak ke merata Eropah menjelang akhir abad itu. Arnab Angora mula-mula tiba di Amerika Syarikat pada awal abad ke-20. Arnab Angora diternak untuk bulunya, yang boleh ditanggalkan dengan mengetam, menyikat, atau mencarik. Arnab Angora juga terbahagi kepada pelbagai baka, tetapi hanya empat daripadanya yang diiktiraf oleh ARBA, iaitu Inggeris, Perancis, Gergasi dan Satin. Baka-baka lain termasuk Jerman, Cina, Switzerland, Finland dan lain-lain.