ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Yang Berhormat Ustaz Ariffin Deraman (lahir 10 Jun 1968) adalah ahli politik Malaysia dari parti PAS.
Yang Berhormat Ustaz Haji Ariffin Deraman SMZ, SMT (Terengganu) | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu | |
Memegang jawatan 2023 | |
Timbalan | Mohd Yusop Majid |
Menteri Besar | Ahmad Samsuri Mokhtar |
Portfolio | Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna |
Kawasan pilihan raya | Alur Limbat |
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Timbalan | Sulaiman Sulong & Abdul Razak Ibrahim |
Menteri Besar | Ahmad Samsuri Mokhtar |
Portfolio | Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital |
Kawasan pilihan raya | Alur Limbat |
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk Alur Limbat | |
Memegang jawatan 2013 | |
Didahului oleh | Alias Abdullah |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kampung Panji Alam, Kuala Terengganu, Terengganu | 10 Jun 1968
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan |
|
Pekerjaan | Ahli Politik |
Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat Ariffin Deraman, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat selama dua penggal merangkap EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu.[1]
Beliau dilahirkan pada 10 Jun 1968 dan berasal dari Kampung Panji Alam, Kuala Terengganu. Ariffin mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.
Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Sains Komputer dan di Universiti Al Azhar Mesir bidang Syariah Islamiyyah.
Beliau menyandang jawatan parti peringkat pusat sebagai Bendahari Jabatan Pilihan Raya Dewan Ulama’ Pas Pusat manakala peringkat negeri dilantik Pengarah Jabatan Pilihanraya Pas Terengganu.
Di peringkat Parlimen, beliau diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai Naib Yang di-Pertua Pas Kawasan Marang.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Ariffin daripada Pas menang dengan mendapat 13,330 undian ketika menentang Saiful Bahri Baharuddin daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 9,136 undi. Majoriti undi sebanyak 4,194.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.