Anugerah Lawak Warna
From Wikipedia, the free encyclopedia
Anugerah Lawak Warna adalah majlis penganugerahan tahunan yang dikhaskan untuk mengiktiraf bakat pelawak atau pelakon komedi yang bergiat aktif dalam industri hiburan Malaysia. Ia dianjurkan oleh Astro melalui saluran Astro Warna. Ia mengiktiraf dan menghargai usaha dan pencapaian cemerlang individu dan pihak produksi yang terlibat dalam bidang komedi sama ada di televisyen mahupun di layar perak. Anugerah ini menggabungkan elemen kualiti dan populariti dalam pemilihan pemenang. Menerusi 20 kategori yang dipertandingkan, sebanyak 16 kategori bakal diadili menerusi sistem penjurian profesional manakala empat kategori berdasarkan pilihan peminat menerusi undian SMS.
Fakta Segera Penghargaan, Negara ...
Anugerah Lawak Warna | |
---|---|
![]() | |
Penghargaan | Majlis penghargaan dan pengiktirafan tahunan hiburan lawak jenaka dan komedi Malaysia |
Negara | Malaysia |
Disampaikan oleh | Astro |
Anugerah pertama | 2013 |
Laman web rasmi | http://www.astrogempak.com.my/anugerahlawakwarna |
Tutup