jenis anjing From Wikipedia, the free encyclopedia
Anjing tarikan atau anjing penarik ialah anjing yang dibiakbakakan dan digunakan secara tradisional untuk menarik kereta anjing, atau pada musim sejuk juga untuk penarikan kereta luncur salji.[1] Anjing yang dibiakbakakan untuk kerja ini mempunyai binaan kuat. Banyak anjing tarikan sama ada merupakan mastif atau keturunan anjing penjaga haiwan ternakan, kedua-duanya merupakan anjing dengan binaan padu.[2]
Anjing ini ialah haiwan pekerja, yang digunakan secara tradisional untuk penarikan kereta kecil yang dipanggil kereta anjing atau dogcart.[3] Saiz kereta memadani saiz anjing. Pada zaman moden, carting anjing telah menjadi kegiatan riadah dan pertandingan.[4] Pada abad ke-20, kolar kepala diperkenalkan untuk menjadikan kawalan lebih ringkas dan telah menjadi peralatan standard dengan pelbagai reka bentuk.[5]
Beberapa baka popular pernah dibiakbakakan khusus untuk menarik kereta, termasuk [[collie, anjing gunung Bern, anjing Santo Bernard, anjing lembu Flandre, anjing Newfoundland, dan anjing Rottweil, walaupun kerap mempunyai kegunaan lain seperti anjing pengawal dan anjing gembala biri-biri.[6][7]
Anjing gunung besar Switzerland ialah anjing pekerja besar yang digunakan oleh tukang daging, peniaga lembu, pekerja buruh, dan petani, yang menggunakannya sebagai anjing pengawal, anjing penggiring, dan anjing tarikan.[8][9]
Anjing gunung Bern ialah anjing pekerja besar dengan perangai tenang yang unggul untuk penarikan kereta, seperti yang pernah dilakukankan di Switzerland. Baru-baru ini, ia telah digunakan untuk menarik kereta untuk membawa kanak-kanak atau untuk muncul dalam perarakan.[10]
Seniman Belanda-Belgium Henriëtte Ronner-Knip (1821–1909) melukis banyak gambar dalam gaya Romantik tentang anjing tarikan yang menarik kereta anjing.[11] Anjing kereta luncur salji digunakan untuk menarik peralatan dan orang dengan cekap di atas salji dan ais dalam ekspedisi tahun 1911 Roald Amundsen ke Kutub Selatan.[12]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.