From Wikipedia, the free encyclopedia
Angkatan Amerika Syarikat Korea (United States Forces Korea atau USFK) adalah sub-markas bersepadu Markas Indo-Pasifik Amerika Syarikat (USPACOM). USFK adalah markas bersama dimana pasukan tempur A.S. akan dihantar ke komponen tempur Markas Angkatan Gabungan (CFC) Korea Selatan/AS (ROK/U.S.) — iaitu markas komponen gabungan tentera darat, udara, laut, marin dan operasi khusus. Elemen utama USFK termasuklah Tentera Darat Kelapan A.S. (EUSA), Tentera Udara A.S. Korea (Tentera Udara Ketujuh), Angkatan Laut A.S. Korea (CNFK), Pasukan Marin A.S. Korea (MARFORK) dan Pasukan Operasi Khusus Korea (SOCKOR). Ia telah ditubuhkan pada 1 Julai 1957.
Angkatan Amerika Syarikat Korea 주한 미군 | |
---|---|
Aktif | 1 Julai 1957–kini |
Negara | Amerika Syarikat |
Jenis | Subordinat Markas Bersepadu |
Saiz | 37,500 anggota |
Markas | Yongsan Garrison, Seoul, Korea Selatan |
Nama samaran | USFK |
Komander | |
Komander terkini | Jeneral Vincent K. Brooks, USA |
Komander terkenal | Jeneral George Decker Jeneral Hamilton H. Howze Jeneral John W. Vessey Jeneral John A. Wickham |
Tanda kebesaran | |
Insignia unit |
Misinya ialah membantu Markas Bangsa-Bangsa Bersatu dan Markas Angkatan Gabungan dengan penyelarasan dan perancangan antara markas komponen A.S., dan menjalankan kawalan operasi tentera A.S. seperti yang diarahkan oleh Markas Indo-Pasifik Amerika Syarikat.
USFK mempunyai kuasa Title 10, yang bermaksud bahawa USFK bertanggungjawab bagi mengatur, melatih dan melengkapkan tentera A.S. di Semenanjung Korea agar pasukan itu lebih tangkas, mudah disesuaikan dan bersiap sedia.
Dengan 28,500 askar Amerika, kelasi, askar udara dan askar Marin di Korea Selatan, tentera A.S. di Korea Selatan adalah pasukan penting di rantau itu dan manifestasi utama sasaran kerajaan A.S. mengimbangi semula Asia-Pasifik. Misi USFK juga termasuklah merancang operasi pemindahan bukan kombatan untuk memastikan jika keperluan itu timbul, warga A.S. dan negara-negara lain yang sebelum ini bersetuju untuk dipindahkan dari tempat bahaya. Untuk tujuan ini, USFK menjalankan latihan rutin bagi memastikan proses ini berkesan, efisien dan teratur.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.