Amiriah Sicilia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Amiriah Sicilia (Arab: إِمَارَة صِقِلِّيَة, rumi: ʾImārat Ṣiqilliyahcode: ar is deprecated , Yunani: Εμιράτο της Σικελίας, rumi: Emiráto tēs Sikelíascode: el is deprecated ) merupakan sebuah kerajaan amiriah Islam yang terletak di pulau Sicilia yang mana wujud pada tahun 831 sehingga 1072.[1] Ibu kotanya adalah Palermo.
Emiriah Sicilia Emirato di Sicilia Εμιράτο της Σικελίας إمارة صقلية Imarat Siqilliyya | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
965–1072 | |||||||||
Bendera | |||||||||
Status | Sebahagian daripada khilafah Fatimiyyah | ||||||||
Ibu negara | Balharm | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | bahasa Yunani Byzantine, bahasa Arab Sicilia, bahasa Latin Vulgar | ||||||||
Agama | Syi'ah Islam (negara) agama Timur dan Barat | ||||||||
Kerajaan | Pemerintahan beraja | ||||||||
Emir | |||||||||
• 948–964 | Hassan al-Kalbi | ||||||||
• 990–998 | Yusuf al-Kalbi | ||||||||
• 1017–1037 | al-Akhal | ||||||||
• 1040–1053 | Hasan as-Samsam | ||||||||
Sejarah | |||||||||
• Didirikan | 965 | ||||||||
• Dibubarkan | 1072 | ||||||||
|
Muslim mula menyerang pulau ini pada tahun 652, dan merampas kawalan seluruh pulau daripada empayar Byzantium dalam satu siri-siri konflik yang panjang bermula pada tahun 827 sehingga 902. Sebuah budaya Arab-Byzantine dibangunkan, menghasilkan satu negara pelbagai agama dan bahasa. Emiriah ini kemudian ditakluk oleh tentera upahan Norman Kristian di bawah Ruggero I dari Sicilia, yang mengasaskan Kaunti Sicilia pada tahun 1071.
Muslim Sicilia kekal menjadi warganegara pelbagai etnik dan rakyat kepada Kerajaan Beraja Sicilia, sehingga mereka yang belum menukar agama Kristian diusir keluar pada tahun 1240-an. Sehingga akhir kurun ke-12, dan mungkin sehingga akhir tahun 1220-an, Muslim merupakan penduduk majoriti di Sicily[2][3][4][5][6] Pengaruh mereka masih kekal dalam beberapa unsur dalam bahasa Sikiliyah, selain nama keluarga dan lokasi.