Amar makruf nahi mungkar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Amar makruf dan nahi mungkar (Arab: الأمر بالمعروف والنهي عن المنكرcode: ar is deprecated ) berasal daripada peristilahan ayat al-Quran yang bermaksud "mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran". Mengajak kebaikan ialah mengajak manusia kepada Allah atau mentaati perintah Allah. Amar makruf nahi mungkar ialah amalan Sunnah Nabi yang Fardhu. Sunnah bererti apa yang Nabi lakukan setelah menerima wahyu untuk memenuhi kehendak Allah yang mahu semua manusia beriman kepadaNya. Amalan ini adalah sunnah kesemua para Nabi dan merupakan amalan atau tuntutan Rukun Islam pertama yang dijalankan secara berjemaah (Fardhu Kifayah) mahupun bersendirian (Fardhu Ain).
Munkar atau Maksiat yang paling besar ialah manusia tidak Mengucap 2 Kalimah Syahadah diajak kepada kebaikan dengan diajak kepada mengucapkan 2 Kalimah Syhadah.
Munkar dan Maksiat setelah mengucapkan 2 Kalimah Syahadah ialah tidak memberi masa melakukan kerja Mengajak kepada Kebaikan, Mencegah Kemunkaran dan tidak menjaga Solat Fardhu berjemaah