From Wikipedia, the free encyclopedia
Tumadhir binti Amru bin Al-Harith bin Al-Syarid Al-Sulamiyah (تماضر بنت عمرو بن الحارث بن الشريد السُلمية ), dengan nama panggilannya Al-Khansa’ (الخنساء ) (yang bermaksud antara "gazel" atau "yang berhidung pipih"[1]) ialah seorang penyair Arab dari abad ke-7 (dikatakan meninggal pada tahun 646 TM[2]). Beliau adalah antara penyair wanita yang terkemuka dalam sastera Arab.[3]
Al-Khansa الخنساء | |
---|---|
Kelahiran | 575 |
Meninggal dunia | 645 (berumur 69–70) |
Pekerjaan | Penyair |
Dalam hidup beliau, peranan pensyair wanita adalah untuk mengarang gita duka (puisi ratapan atau elegi) untuk si mati dan sampaikan ia dalam peraduan pidato umum dalam kaum mereka. Al-Khansa’ memenangi kehormatan dan kemasyhuran dalam peraduan sebegini dengan gita duka yang diilhamkan oleh adik beradik beliau, Ṣakhr dan Muʿawiyah, yang mati dalam pertempuran.
Al-Khansa’ lahir dan dibesarkan di Nejd, Semenanjung Arab, kepada sebuah keluarga yang kaya. Beliau sezaman dengan Rasulullah, dan akhirnya memeluk Islam.
Pada tahun 612, saudara beliau Muʿawiyah dibunuh oleh orang-orang bani lain. Al-Khansa’ berkeras agar saudaranya yang lagi satu, Sakhr, tebus kematian Muʿawiyah, di mana beliau laksanakan. Sakhr cedera semasa melakukan ini dan disebabkan kecederaan tersebut beliau meninggal setahun kemudian. Al-Khansa’ berkabung dan meratap akan kematiannya dengan syair dan menjadi masyhur disebabkan karangan gita duka beliau.
Beliau mempunyai empat anak lelaki: Yazid, Muʿawiyah, ʿAmr, dan ʿAmrah, semua memeluk Islam. Keempat-empat anaknya mati terbunuh dalam Perang Qadisiyah.
Apabila terdengar khabar tentang ia, beliau tidak meratap, sebaliknya berkata, "Segala puji bagi Allah yang memberikanku kehormatan dengan kesyahidan anak-anakku. Dan aku berharap Tuhanku akan menyatukanku kembali dengan anak-anakku di syurga dengan Rahmat-Nya." (الحمد لله الذي شرفني بقتلهم، وأرجو من ربي أن يجمعني بهم في مستقر رحمته ).[4]
Penyair sezaman dengan beliau al-Nabighah al-Zubiani berkata kepadanya: "Engkaulah penyair terbaik dari kalangan jin dan manusia." (إنك أشعر الجن والإنس ) [5]
Sebuah laporan menyatakan bahawa al-Nabighah berkata kepada al-Khansa "Kalau Abu Basir[6] tidak lagi bacakan kepada aku, aku pasti sudah kata engkaulah penyair terhebat dari kalangan Arab. Pergilah, kerana engkau ialah pensyair terbaik dari kalangan yang berbuah dada." Al-Khansa menjawab, "Aku penyair terbaik dari kalangan yang berbuah zakar juga." [7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.