![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/9d/NKo-script.svg/langms-640px-NKo-script.svg.png&w=640&q=50)
Aksara N'Ko
From Wikipedia, the free encyclopedia
Aksara N'Ko (ߒߞߏ - "saya berkata" dalam semua bahasa rumpun Manding) ialah suatu sistem tulisan untuk menulis bahasa-bahasa Manding dituturkan di Afrika Barat.[1][2] Ia diciptakan Solomana Kanté pada 1949. Aksara ini mirip tulisan abjad Arab, terutama arah tulisnya (kanan-ke-kiri) serta sifat hurufnya yang saling bersambung pada tapak; namun begitu, ia tidak serupa dengan tulisan Arab di mana ia mempunyai tanda dan huruf wajib menandakan nada dan bunyi vokal dituturkan.
Aksara N'Ko ߒߞߏ | |
---|---|
![]() | |
Jenis | |
Bahasa | N'Ko, Manding, Mandingo, Maninka |
Pencipta | Solomana Kanté |
Tarikh cipta | 1949 |
Tempoh masa | 1949–sekarang |
Arah tulis | Kanan-ke-kiri |
ISO 15924 | Nkoo, 165 |
Alias Unikod | NKo |
Julat Unikod | U+07C0–U+07FF |
Sistem ini tidak sahaja memiawai semua bahasa serumpun Manding dituturi[1][2] (melalui suatu laras bahasa dikembangkan iaitu bahasa N'Ko) malah dilihat sebagai antara sistem penulisan ciptaan terbaharu yang paling berjaya di rantau Afrika Barat[3] di mana ia menggalakkan kecelikan huruf dalam kalangan penutur bahasa Manding serata rantau tersebut bahkan menguatkan identiti budaya Manding.[4]