Ahmad Said (ahli politik)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Seri (Dr.) Haji Ahmad bin Said, S.S.M.Z., D.P.M.T., A.S.M., P.J.K. merupakan ADUN Barisan Nasional kawasan Kijal yang dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu oleh Sultan Mizan Zainal Abidin pada 24 Mac 2008 hingga 12 Mei 2014. Perlantikan itu pada awalnya tidak dipersetujui pimpinan UMNO yang sebaliknya menyokong Dato' Seri Idris bin Jusoh.[1][2] [3] Pada peringkat parti, beliau ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Terengganu dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (turut hadir). Beliau pernah terkenal pada suatu ketika dahulu dengan kehebatanya berdebat di dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu berhubung isu-isu pentadbiran kerajaan Negeri Terengganu. Beliau dilantik menjadi pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) pada 15 Mei 2022 bagi menggantikan Senator Datuk Razali Idris.
Ahmad bin Said SSMZ, DPMT, ASM, PJK (Terengganu) | |
---|---|
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Terengganu | |
Memegang jawatan 21 Mac 2019 | |
Didahului oleh | Ahmad Razif Abd Rahman |
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk Kijal | |
Dalam jawatan 22 Mac 2004 ā 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | ![]() |
Pengerusi KETENGAH | |
Memegang jawatan 15 Mei 2022 | |
Didahului oleh | Razali Idris |
Menteri Besar Terengganu | |
Dalam jawatan 24 Mac 2008 ā 12 Mei 2014 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1957-02-15) 15 Februari 1957 (umur 67)![]() |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | To' Puan Seri Hajah Norliza binti Mahmud |
Anak-anak | 8 (termasuk Cash Farhan) |
Alma mater | Universiti Sains Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Laman web rasmi | Blog rasmi |