Adam Adli Abdul Halim
ahli politik Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
YB Tuan Adam Adli Abd Halim (lahir 3 Julai 1989) ialah seorang ahli politik Malaysia yang pernah menjadi aktivis pelajar pada zaman kemahasiswaannya. Adam Adli pernah digantung pengajian, ditahan bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Perhimpunan Aman, serta didakwa bawah beberapa tuduhan mahkamah.
Fakta Segera Yang Berhormat Tuan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan ...
Yang Berhormat Tuan Adam Adli bin Abd Halim | |
---|---|
Timbalan Menteri Belia dan Sukan | |
Memegang jawatan 10 Disember 2022 | |
Raja |
|
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Hannah Yeoh Tseow Suan |
Didahului oleh | Ti Lian Ker |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Hang Tuah Jaya, Melaka | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Shamsul Iskandar Md Akin |
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) | |
Memegang jawatan 2022 | |
Didahului oleh | Akmal Nasrullah |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1989-07-03) 3 Julai 1989 (umur 34) Butterworth, Pulau Pinang |
Parti politik | |
Pasangan | Nor Zafirah Mohamad Jamil |
Anak-anak | 2 |
Alma mater | Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Pekerjaan | Ahli politik |
Tutup
Beliau kini adalah Ahli Parlimen bagi kawasan pilihan raya Hang Tuah Jaya dalam negeri Melaka dan turut menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan selain Ketua Angkatan Muda iaitu sayap pemuda bagi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).