Accipitridae merupakan salah satu daripada dua famili utama dalam order Falconiformes (burung pemangsa siang). Banyak burung yang terkenal seperti burung helang, burung lang, Burung Lawin (Hawks) dan burung hering Dunia Lama termasuk dalam kumpulan ini. Kebanyakan burung pemangsa yang lain, walaupun bukan kesemuanya, adalah tergolong dalam famili Falconidae yang sering dianggap sebagai suatu order yang berlainan dan dalam kes tersebut, ordernya ialah Accipitriformes.

Fakta Segera Pengelasan saintifik ...
Accipitridae
Thumb
Burung lang
Pengelasan saintifik
Tutup

Burung lang tiram biasanya dimasukkan dalam famili Pandionidae yang berlainan, seperti dengan burung katib yang tergolong dalam famili Sagittariidae, serta burung hering Dunia Baru yang kini biasanya dianggap sebagai suatu famili atau order yang berbeza. Data kariotip (Amaral & Jorge, 2003) menunjukkan bahawa Accipitridae sebenarnya adalah kumpulan monofili yang berlainan tetapi keputusan adakah kumpulan ini harus dianggap sebagai suatu famili Falconiformes atau order tersendiri akan bergantung kepada cita rasa seseorang.

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.