Abu Hamid al-Ghazali
From Wikipedia, the free encyclopedia
Abū Ĥāmid al-Ghazālī, (1058-1111) (Parsi: ابو حامد محمد ابن محمد الغزالیcode: fa is deprecated ) yang dikenali sebagai Algazel di Dunia Barat, adalah salah seorang ilmuwan Islam. Beliau juga merupakan seorang wali Allah yang besar dan lebih dikenali umum sebagai seorang tokoh pemikir Islam serta disepakati oleh para ulama' sebagai al-mujaddid untuk kurunnya.
Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (November 2018) |
Fakta Segera Cendekiawan Islam Zaman Kegemilangan Islam, Nama: ...
Cendekiawan Islam Zaman Kegemilangan Islam | |
---|---|
Lukisan gambaran bagi al-Ghazali | |
Nama: | Abu Hāmid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazālī |
Gelaran: | Syaraful A'immah, Zainuddin, Hujjatul Islam |
Lahir: | 1058 M atau 450 H Ghazalah, Tabran, Tus, Khurasan, Empayar Saljuk, Parsi (Iran) |
Wafat: | Isnin 19 Disember 1111 M atau 14 Jamadilakhir 505 H Tabran, Tus, Empayar Saljuk |
Mazhab: | Syafii, Asy'ariyah |
Etnik: | Parsi |
Rantau: | Parsi |
Bidang: | Tasawuf, Teologi (Kalam), Falsafah, Logik, Fiqh, Mantik, Akhlak, Kenegaraan, Siasah |
Karya: | Ihya Ulum al-Din, al-Munqaz al-Dulal, Tahafat al-Falasifah, al-Wajiz |
Pengaruh: | Fakhruddin al-Razi, Maimonides, Thomas Aquinas, Ramón Martí, Nicholas Autrecourt, Shah Waliullah, Abdul-Qader Bedil, Abdul Qadir Jailani, Abu Bakar bin al-Arabi, Abu Abdullah al-Jili, al-Barbabazi, Muhammad bin Yahya, Abu al-Abas al-Qalisyi, Abu Abdullah Muhammad, Ibn Tumart, Abu Madyan, Jalaluddin al-Suyuti, Imam Nawawi, Ibn al-Haj al-Abdari, Nicholas dari Autrecourt, Immanuel Kant |
Diilhami: | Ahmad al-Razkani, Ismail bin Sa'dah al-Ismaili, Abu al-Mu'ali al-Juwaini, al-Fadhl bin Muhammad al-Faramizi, Umar bin Abdul Karim bin Sa'duwiyh, Abu Talib al-Makki, Harith al-Muhasibi, Ibnu Sina |
Tutup
Nama penuhnya Muĥammad ibn Muĥammad ibn Muĥammad ibn Aĥmad, dan nama gelaran nisbahnya al-Ghazālī aţ-Ţūsī. Nama panggilannya (kunyah) pula Abū Ĥāmid. Di antara nama-nama gelaran lain yang telah diberikan kepadanya ialah Ĥujjatul-Islām, Sirāj al-Mujtahidīn dan Zain al-'Ābidīn.