From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Abdul Razak bin Hj. Mohd Yusoff SP, BMS, PKT, BKT, DIMP (lahir 10 Februari 1963) merupakan bekas pegawai 69 Komando, Polis DiRaja Malaysia. Beliau juga merupakan satu-satunya penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) yang masih hidup dan telah tamat perkhidmatan pada tahun 2022 dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan merupakan penerima pingat keberanian yang paling bongsu dalam pasukan tersebut.
Rencana ini mempunyai beberapa isu. Sila bantu memperbaikinya atau bincangkan isu-isu tersebut di dalam laman perbincangan rencana ini.
|
Dato’ Abdul Razak bin Hj. Mohd Yusoff SP, BMS, PKT, BKT, DIMP | |
---|---|
Kelahiran | |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Tok Ndak , Pak Ndak |
Pekerjaan | Pegawai polis, pengamal silat |
Kampung asal | Langgar, Alor Setar, Kedah |
Pasangan | Datin Hjh Nazirah Bidin |
Ibu bapa | Haji Mohd Yusoff bin Haji Salleh (Bapa) Hajjah Bashah binti Din (Ibu) |
Anugerah | Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) Pingat Keberanian Terbilang (PBT) |
Dcp G/10958 Abdul Razak dilahirkan pada 10 Februari 1963 di Batu 6, Telok Mas, Melaka dan dibesarkan di Langgar, Alor Setar, Kedah dan merupakan anak kepada pasangan Haji Mohd Yusoff bin Haji Salleh (bekas anggota polis berpangkat Sarjan 26969) dan Hajjah Bashah binti Din (suri rumah). Beliau memang amat berminat dalam Ilmu Agama/Ketuhanan serta Ilmu Persilatan Melayu. Pada seawal usia 9 tahun lagi, beliau telah mempelajari Ilmu Persilatan Melayu dan berjaya menghafal sejumlah ayat-ayat Al-Quran serta hadis.
Kerajinan beliau 'menadah kitab'[[[Wikipedia:Penjelasan|Penjelasan diperlukan]]] dan mempelajari agama di pondok-pondok pengajian Islam sekitar Kedah serta sikap berkecualinya untuk tidak cenderung dalam mana-mana parti politik tanah air telah menjadikan beliau seorang yang disegani dan dihormati di tempat beliau dibesarkan (Langgar Limbong). Menurut Razak, orang yang banyak memberi inspirasi kepada beliau ialah guru tasawufnya sendiri iaitu Abah Anom, Pengetua Pesantrean Suryalaya, Tasek Malaya Indonesia (sila lihat pautan luar untuk maklumat lanjut). Beliau berjaya menamatkan pengajiannya hingga ke peringkat STPM di Kolej Sultan Abdul Hamid dengan pencapaian 5P dan telah melanjutkan pelajaran beliau di Universiti Pertahanan Angkatan Tentera dalam Diploma Lanjutan - Pertahanan Strategik yang tamat dalam bulan Jun 2010.
Beliau telah memulakan kerjaya dalam PDRM pada 14 September 1986 sebagai Inspektor Percubaan di Pusat Latihan Polis Malaysia (PULAPOL) dan menjalani Kursus Asas Polis Hutan di Ulu Kinta, Perak. Setelah tamat latihan, beliau telah diserapkan ke Unit 69 Komando PPH (VAT 69). Berdasarkan minat kepada tugas yang lebih mencabar beliau dengan sukarelanya mengikuti pemilihan awal dan seterusnya menjalani latihan Asas Unit 69 Komando PPH, yang kini dikenali sebagai 69 Komando @ VAT 69 (Very Able Troopers). Beliau telah lulus dengan jayanya dan diiktiraf sebagai anggota Komando pada 18 Julai 1987.
Bagi melengkapkan kemahiran, beliau telah menghadiri beberapa siri kursus dan latihan, antaranya ialah:
Selama lebih 20 tahun beliau berkhidmat dalam unit 69 Komando,beliau telah ditugaskan di pelbagai skuadron dan cawangan, :
Sepanjang bertugas dalam Unit 69 Komando, beliau telah terlibat dengan pelbagai bentuk operasi sama ada di hutan belantara, di bandar, di sempadan dan perairan negara, antaranya:
Salah satu operasi yang menaikkan nama beliau serta imej PDRM ialah penglibatannya menumpaskan pengganas militan Al-Ma'unah pimpinan Mohammed Amin bin Razali tanpa pertumpahan darah. Beliau yang mengetuai 20 orang anggota unit Komando 69, Pasukan Gerakan Khas PDRM yang pada mulanya diarahkan untuk menembak gas pemedih mata ke kawasan kubu Al-Ma'unah, di hutan Sauk, Perak berjaya menyusup masuk ke kawasan kubu musuh dan mengadakan rundingan dengan Mohammed Amin serta menyeru beliau dan kumpulannya menyerah diri kepada kerajaan. Setelah lebih 2 jam berbincang dan memujuk (menggunakan kelebihan ilmu agama dan ilmu ketuhanan yang ada padanya), akhirnya Razak berjaya menyeru kumpulan Al-Ma'unah supaya menyerah diri tanpa sebarang pertumpahan darah.
Atas keberaniannya dalam Ops Subuh, Razak dianugerahkan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al Haj pada tahun 2001. Antara pingat-pingat lain yang diterima atas jasa dan bakti beliau ialah :
Razak ialah anak ke-5 daripada lapan adik-beradik keluarga BAYU.[[[Wikipedia:Penjelasan|Penjelasan diperlukan]]] Abang-abang beliau iaitu Latif dan Rahim, yang merupakan Kontraktor Bumiputra Kelas A yang berpengalaman dan berjaya di Sabah dan Selangor. Kakak ketiga dalam keluarga iaitu Sabariah merupakan seorang pegawai kerajaan di Bangi Selangor. Roslah (anak ke-4 dalam keluarga BAYU) ialah guru lepasan sarjana yang kini mengajar di Kemaman, Terengganu. Adik-adik perempuan Razak iaitu Rozita (juga merupakan serorang guru lepasan Sarjana mengajar di Puncak Alam, Selangor) dan Rohayati merupakan suri rumah. Manakala adik bongsu Razak iaitu Hisham (Regional Program Manager di salah sebuah syarikat multi nasional) menetap di Kulim, Kedah.
Beliau telah menamatkan zaman bujang beliau dengan mencatatkan nama sebagai pengantin pertama yang terjun dari pesawat menggunakan payung terjun ke majlis perkahwinannya lalu menghadiahkan jambangan bunga yang dibawa turun kepada isterinya, seorang guru pada 19 November 1994.
Dalam bidang pentadbiran, beliau telah menyusun semula stor Cawangan Latihan Para, mengendalikan tidak kurang daripada 8 kursus sama ada payung terjun, menakik turun, pengendalian bot dan menyelam setiap tahun, menghantar pegawai dan anggota berkursus ke Thailand Police Airborne School di Hua Hin, membuat kertas kerja pembelian barangan payung terjun, menyelam dan pengendalian bot yang bernilai berjuta-juta ringgit. Beliau turut menyumbangkan kreativiti beliau mencipta Gayung Perang[[[Wikipedia:Penjelasan|Penjelasan diperlukan]]] sebagai identiti unit 69 Komando.
Dalam bidang sukan pula, beliau terlibat :
Dalam bidang sosial pula, beliau pernah terlibat sebagai:
Dato Abdul Razak Yusoff menamatkan kerjaya pasukan polis pada 10 Februari 2023 dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Ketua Polis Pahang, beliau kini menghabiskan usia persaraan dengan melibatkan diri dalam dunia Silat melalui Pertubuhan Silat Budi Utama Malaysia (PSBUM) serta melakukan kerja dakwah di samping masih menerima jemputan kisah Operasi Subuh di semua platform.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.