From Wikipedia, the free encyclopedia
Allahyarham Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamed Yassin (1890 – 24 Mei 1970)[1] merupakan anak watan negeri Johor berasal dari Parit Bakar, Muar, Johor. Beliau ialah Yang di-Pertua Dewan Negara Malaysia yang pertama.
Abdul Rahman Mohamed Yassin | |
---|---|
Yang di-Pertua Dewan Negara Malaysia | |
Dalam jawatan 11 September 1959 – 31 Disember 1968 | |
Yang di-Pertuan Agong | Tuanku Abdul Rahman Sultan Hisamuddin Alam Shah Tuanku Syed Putra Jamalullail Sultan Ismail Nasiruddin Shah |
Perdana Menteri | Tunku Abdul Rahman |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Tun Syed Sheh Syed Hassan Barakbah |
Butiran peribadi | |
Lahir | 1890 Parit Bakar, Muar, Johor |
Meninggal dunia | 24 Mei 1970 79–80) Johor Bahru, Johor, Malaysia | (umur
Tempat persemadian | Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor |
Pasangan | Datin Zaharah Orang Kaya Abu Bakar Datin Kamariah Dato' Jaafar Ungku Salamah Ungku Abdul Rahman |
Anak-anak | 9 (termasuk Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan Dato' Suleiman Abdul Rahman) |
Hubungan | Dato' Onn Jaafar (ipar) Dato' Mohd Seth Mohd Said (besan) Tun Dr. Awang Hassan (menantu) Mohamed Tawfik Ismail (cucu) Tariq Ismail Mustafa (cicit) |
Beliau berkahwin dengan Zaharah Abu Bakar dan dikurniakan 9 orang cahaya mata. Anak sulungnya, Dato' Suleiman Abdul Rahman pernah menjadi ahli parlimen bagi kawasan Muar Selatan, Parlimen Malaya pertama. Anak keduanya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman pernah menjadi ahli parlimen bagi kawasan Johor Timor serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-2. Menantu lelakinya, Tun Dr. Awang Hassan (suami kepada Khadijah Abdul Rahman) juga pernah menjadi Ahli Parlimen bagi kerusi Muar Selatan ekoran kematian penyandangnya, Dato' Suleiman Abdul Rahman pada 6 November 1963.[2]
Beliau pernah menjadi kerani, Pesuruhjaya Daerah, Majistret dan Bendahari Negeri Johor. Selain daripada itu menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara yang pertama.[3] Dato’ Abdul Rahman menubuhkan Persatuan Melayu Johor menentang Malayan Union pada 1946 iaitu selepas Perang Dunia II. Sebagai ketua Orang Tujuh, beliau menuntut Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar meletak jawatan sebagai Sultan Johor kerana menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union 1946 yang bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
Dato' Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin meninggal dunia pada 24 Mei 1970 dan telah disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.