Allahyarham Tun Datuk Haji Abang Openg bin Abang Sapiee (7 Oktober 1905 – 28 Mac 1969) ialah seorang negarawan di Malaysia. Beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang pertama selepas pembentukan Malaysia pada 1963.
Abang Openg Abang Sapiee | |
---|---|
Yang di-Pertua Negeri Sarawak pertama | |
Dalam jawatan 16 September 1963 – 28 Mac 1969 | |
Ketua Menteri | Stephen Kalong Ningkan Tawi Sli |
Didahului oleh | - |
Digantikan oleh | Tuanku Bujang Tuanku Othman |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kuching, Kerajaan Sarawak | 7 Oktober 1905
Meninggal dunia | 28 Mac 1969 63) Kuching, Sarawak, Malaysia | (umur
Kerakyatan | Malaysia |
Pasangan | Toh Puan Dayang Masniah Abdul Rahman |
Anak-anak | 10 orang (Abang Abdul Rahman Zohari,Dayang Madinah Abang Openg) |
Hubungan | Tuanku Bujang Tuanku Othman (besan) |
Beliau dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri setelah Sarawak menyertai Sabah, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Sebelum itu, jawatan tersebut bergelar "Tuan Yang Terutama Gabenor Koloni Mahkota British Sarawak", di mana mereka yang dipilih untuk memegang jawatan tersebut dilantik oleh King George VI dari 1946 hingga 1952, dan seterusnya oleh Ratu Elizabeth II dari 1952 hingga 1963.
Kehidupan
Abang Openg dilahirkan pada 7 Oktober 1905. Beliau mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kerajaan, Kuching, Sekolah St. Anthony, Sarikei dan Sekolah Malam St. Thomas, Kuching. Setelah tamat persekolahan, beliau memulakan kerjaya sebagai seorang kerani di Jabatan Kerajaan pada November 1942. Beliau bersara dari perkhidmatan awam pada September 1951 dan menjadi Presiden Majlis Islam Sarawak hingga dilantik dengan rasminya menjadi Gabenor Sarawak yang pertama pada 13 September 1963.[1] Beliau memegang jawatan tersebut hingga meninggal dunia pada 28 Mac 1969.
Kematian
Beliau meninggal dunia pada 28 Mac 1969 di Astana, Kuching. Beliau meninggalkan seorang balu, Dayang Masniah Abang Abdul Rahman[1] dan 10 orang cahaya mata, antaranya Abang Abdul Rahim[2], Dayang Mastijah[3], Abang Abdul Rahman Zohari dan Dayang Madinah,
Anugerah dan pengiktirafan
Rujukan
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.