Angkatan Bersatu Anak Muda
From Wikipedia, the free encyclopedia
Angkatan Bersatu Anak Muda atau nama singkatnya ARMADA BERSATU adalah sayap belia bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Ia mempunyai fungsi yang sama seperti Pergerakan Pemuda UMNO dan juga Pertubuhan Pemuda GAGASAN. Ketua ARMADA yang dilantik adalah bertaraf Naib Presiden bagi BERSATU.[1] Ia diketuai oleh Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. Manakala, Ceasar Mandela Malakun adalah bekas naib ketua Armada yang berkhidmat dari tahun 2019 sehingga penghujung tahun 2022 iaitu selepas Ceasar menyertai Pertubuhan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) untuk menambah sokongan keatas parti tempatan di Sabah.[2]
Fakta Segera Kerangka, Jenis/bentuk sah ...
Angkatan Bersatu Anak Muda | |
Kerangka | |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan |
Pengurusan | |
Ketua | Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal |
Naib Ketua | kosong |
Organisasi utama | Parti Pribumi Bersatu Malaysia |
Gabungan | Parti Pribumi Bersatu Malaysia |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Menara Yayasan Selangor |
Lokasi | |
sunting · sunting di Wikidata |
Tutup