![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/06/Ax10akb18.jpg/640px-Ax10akb18.jpg&w=640&q=50)
AKB48
kumpulan idola Jepun / From Wikipedia, the free encyclopedia
AKB48 (dipendekkan daripada akihabara48) merupakan kumpulan idola remaja wanita Jepun yang diasaskan oleh Akimoto Yasushi. Kumpulan ini juga merupakan kumpulan pop wanita terbesar di dunia telah tercatat dalam Rekod Dunia Guinness. Kumpulan ini merupakan kumpulan idola Jepun yang paling popular di Jepun pada masa ini.
Rencana ini perlu dikemas kini. (November 2017) |
AKB48 | |
---|---|
![]() AKB48 di Los Angeles pada Julai 2010 | |
Latar belakang | |
Berasal dari | Akihabara, Tokyo, Jepun |
Genre | J-pop |
Tahun aktif | 2005 - kini |
Syarikat rakaman | AKS (2005 - kini) DefSTAR Records (Oktober 2006 - Jun 2008) You, Be Cool! / King Records (Ogos 2008 - kini) |
Pengkarya berkait | SKE48 SDN48 NMB48 JKT48 HKT48 SNH48 Nogizaka46 NGT48 BEJ48 GNZ48 MNL48 BNK48 TPE48 Keyakizaka46 |
Ahli | Senarai Anggota AKB48 |
Bekas ahli | Bekas Anggota Kumpulan |
Rencana ini mengandungi Bantuan:Aksara khas. Tanpa pemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain. |
Penubuhan AKB48 datang daripada idea Akimoto Yasushi. AKB48 membuat konsert sekali-sekala dan kebanyakannya dilihat di televisyen, mempunyai teater sendiri dan melaksanakan persembahan di sana pada setiap hari; peminat sentiasa dapat pergi dan melihat artis-artis idaman mereka secara langsung. Pada masa ini, AKB48 masih melakukan persembahan di teater pada setiap hari. Walau bagaimanapun, kerana permintaan yang besar, tiket hanya diedarkan melalui loteri.