A. Halim
From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Abdul Halim bin Mohammad Diah atau lebih dikenali sebagai A. Halim (12 Oktober 1947 – 9 Mei 2024) merupakan salah seorang penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Singapura dan Malaysia.
A. Halim | |
---|---|
Kelahiran | Abdul Halim bin Mohammad Diah (1947-10-12)12 Oktober 1947 |
Meninggal dunia | 9 Mei 2024(2024-05-09) (umur 76) Hospital Penawar Pasir Gudang, Johor |
Sebab kematian | Sesak nafas |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Taman Cahaya, Masai, Johor |
Pasangan | Datin Fatimah Baharin |
Anak-anak | 6 |
Kerjaya muzik | |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 1960-an - 70-an |
Syarikat rakaman | Suria Records, TNA Records, Life |
Abdul Halim dilahirkan pada 12 Oktober 1947. Beliau turut menyanyi bersama beberapa kumpulan kugiran, antaranya adalah kumpulan De' Fictions, kumpulan The Wanderers, dan kumpulan The Wisma.
Abdul Halim turut merakamkan banyak album dengan beberapa syarikat rakaman, antaranya adalah Suria, TNA, MMI, dan Life.
Beliau bersara dari jawatan Penolong Pengurus Kewangan di Johor Port Berhad 2007.
Beliau telah meninggal dunia akibat sesak nafas pada 9 Mei 2024.