Filem komedi romantik Malaysia 2007 arahan Pierre Andre From Wikipedia, the free encyclopedia
9 September ialah filem komedi romantik Malaysia 2007. Filem ini merupakan cubaan pertama Pierre Andre dalam arahan filem dan dibintangi Pierre Andre sendiri bersama Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad, disertai Zami Ismail, Osman Kering dan Shamsul Ghau Ghau. David Teo, selaku penerbit filem ini dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Metrowealth turut membuat penampilan istimewa dalam filem ini.
9 September | |
---|---|
Pengarah | Pierre Andre |
Penulis | Pierre Andre |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | MIG Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 95 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Nia (Fasha Sandha) ialah seorang gadis tomboy comel yang baru ditinggalkan oleh teman lelakinya. Semenjak itu, dia menyimpan dendam terhadap kaum lelaki . Nia suka melepaskan kemarahannya terhadap Kogi (Pierre Andre), seorang lelaki baik hati dan jujur yang dijadikan sasaran mudah kerenah Nia, semenjak kali pertama mereka bertemu apabila Nia memasuki rumah Kogi secara tidak sengaja, dan semenjak itu mereka sering bertemu lagi secara kebetulan banyak kali. Tidak kira berapa kali terkena dendam Nia, Kogi tetap menjaga sikap budimannya sepanjang masa sehingga mereka saling hjatuh cinta, itupun untuk masa yang pendek setelah Adrian (Fahrin Ahmad), bekas kekasih Nia, kembali muncul dalam hidup Nia. Sebenarnya Nia masih mencintai Adrian secara tunggang terbalik namun cintanya terhadap Adrian tidak seperti dahulu. Suatu hari, Nia hendak ke Tokyo bersama kekasihnya selama setahun. Sekembalinya di tanahair, perasaannya terhadap Kogi kian membara sehingga dia tercari-cari Kogi sehingga dia mendapati sesuatu yang memeranjatkan mengenai Kogi.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.