Mithridates III, pihak menuntut takhta Parthia, yang dibantu oleh Aulus Gabinius, gabenorRom dari Syria, ditewaskan oleh Surena, jeneral di bawah Orodes, raja Partha, dalam Pertempuran Seleucia.
Mei - Julius Caesar menewaskan sebuah angkatan tentera Germanik, dan kemudian membunuh beramai-ramai wanita serta kanak-kanak di kawasan yang berhampiran dengan sungai-sungai Meuse dan Rhine. Bilangan orang yang dibunuh dianggarkan sebanyak 430,000 orang.
Jun - Caesar menyeberangi Sungai Rhine, berhampiran dengan Bonn masa kini.
26 Ogos - Julius Caesar mengetuai serangan Rom yang pertama ke atas Britain. Disebabkan cuaca yang buruk serta pemberontakan-pemberontakan di Gaul, ekpsedisi itu tidak mencapai banyak hasil. Walau bagaimanapun, Senat Rom mengeluarkan dekri untuk mengadakan upacara kesyukuran selama dua puluh hari.