Tekanan Rom oleh tentera-tentera Goth, Quadi, Parthia, Frank, dan Alemanni bertambah. Selepas suatu penewasan oleh tentera Jerman, Alexander Severus dan ibunya, Julia Mamaea, dibunuh beramai-ramai oleh askar-askar sendiri dekat Mainz (Mongontiacum).
Maximinus Thrax menjadi Maharaja. Dengan bapa berketurunan puak Goth dan ibu berturunan puak Alani, baginda ialah orang asing pertama untuk naik takhta Empayar Rom. Naik takhtanya mengakibatkan Krisis Abad Ke-3.
Mengikut topik
Agama
Sebilangan pemimpin gereja, antaranya Paus Pontian dan Hippolytus, dibuang ke Sardinia.
28 September - Paus Pontian meletakkan jawatannya.