Zack Snyder's Justice League
From Wikipedia, the free encyclopedia
Zack Snyder's Justice League,[5] juga dikenali ramai sebagai "Snyder Cut", merupakan versi suntingan sutradara bagi filem adiwira 2017, Justice League. Ia mempersembahkan Justice League—filem kelima dalam DC Extended Universe (DCEU) yang berdasarkan pasukan adiwira DC Comics yang sama nama—seperti yang diniatkan oleh sutradara Zack Snyder sebelum berundur dari penerbitan. Seperti keluaran pawagam, Zack Snyder's Justice League mengisahkan usaha-usaha pasukan Justice League yang dianggotai oleh Batman (Ben Affleck), Superman (Henry Cavill), Wonder Woman (Gal Gadot), Cyborg (Ray Fisher), Aquaman (Jason Momoa), dan Flash (Ezra Miller) untuk menyelamatkan dunia daripada ancaman malapetaka oleh Darkseid (Ray Porter), Steppenwolf (Ciarán Hinds), dan gerombolan Parademon.
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (Mac 2021)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Zack Snyder's Justice League | |
---|---|
Pengarah | Zack Snyder |
Lakon layar | Chris Terrio |
Cerita oleh |
|
Berdasarkan | watak-watak oleh DC Comics |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Fabian Wagner |
Disunting oleh | David Brenner |
Muzik oleh | Tom Holkenborg |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | HBO Max |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 242 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bajet | $70 juta[lower-alpha 1] |
Justice League yang dikeluarkan oleh Warner Bros. pada tahun 2017 telah mengalami banyak masalah sepanjang penerbitan. Skripnya banyak dikenakan suntingan sebelum dan sewaktu penerbitan dari tahun 2016 hingga 2017. Pada Mei 2017, Snyder meletak jawatan sewaktu pascapenerbitan ekoran kematian anak perempuannya Autumn, dan Joss Whedon digaji untuk menyiapkan filem berkenaan sebagai pengarah tanpa penghargaan. Whedon mengadakan penggambaran semula dan perubahan-perubahan lain yang melembutkan jalan cerita dengan menambah unsur-unsur lelucon, di samping memotong tempoh tayangan filem banyak-banyak untuk mematuhi kehendak Warner Bros. Justice League versi pawagam menerima ulasan bercampur-baur dan tidak berjaya mengutip pulangan besar, menyebabkan Warner Bros. mengkaji semula masa hadapan DCEU serta menumpukan usaha kepada pembangunan filem-filem individu.
Setelah terdedahnya cerita-cerita terperinci mengenai masalah-masalah penerbitan filem dan keadaannya sebelum Snyder berundur, ramai peminat meluahkan rasa minat untuk menonton suatu versi yang lebih menepati wawasan Snyder. Para peminat serta barisan pelakon dan ahli-ahli kru turut membuat petisyen agar dikeluarkan versi berkenaan yang digelar "Snyder Cut". Pada ketika itu, orang-orang dalam industri tidak merasakan impian itu boleh menjadi kenyataan. Akan tetapi, pihak Warner Bros. memutuskan untuk menunaikan hajat tersebut pada Februari 2020; pada bulan Mei, Snyder mengumumkan bahawa suntingan asal akan dikeluarkan sebagai Zack Snyder's Justice League menerusi perkhidmatan penstriman HBO Max. Ditelan belanja sebanyak $70 juta untuk menyiapkan kerja-kerja efek visual, skor, dan penyuntingan, dengan penggambaran bahan-bahan baharu pada Oktober 2020. Pada asalnya dirancangkan dalam dua bentuk iaitu minisiri enam episod dan juga filem empat jam, tetapi rancangan minisiri dibatalkan pada Januari 2021. Filem ini didedikasikan khas kepada mendiang anak Snyder, Autumn.
Zack Snyder's Justice League dikeluarkan di HBO Max di Amerika Syarikat pada 18 Mac 2021. Para pengulas filem rata-rata menganggap versi ini sebagai peningkatan daripada versi asal 2017; dipuji kerana hasil pengarahan Snyder dan penambahbaikan perwatakan, walhal dipertikaikan kerana tempoh tayangan yang amat panjang.