Waktu Sejagat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Waktu Sejagat (bahasa Inggeris: Universal Timecode: en is deprecated , UT) merupakan piawaian waktu yang berasaskan putaran Bumi, sebagai kesinambungan moden buat Waktu Min Greenwich (GMT), iaitu waktu suria min pada Meridian Utama di Greenwich. GMT kadang-kadang disamakan lebih kurang dengan UTC. Sebenarnya, ungkapan "Waktu Sejagat" kurang jelas kerana terdapat beberapa versinya, terutama sekali UTC dan UT1 (rujuk di bawah). Kesemua versi UT ini berasaskan putaran Bumi secara nisbi dengan jasad-jasad cakerawala yang jauh (bintang dan kuasar) dengan faktor penskala dan lain-lain penyelerasan supaya dekat dengan waktu suria.